web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Setuju Cadangan Sarawak Wujudkan Penerbangan Butik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 8:20PM

Anwar bergambar dengan kakitangan hotel pada Majlis Perasmian Rais Hotel dan Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Anak Yatim hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.

Beliau berkata penubuhan syarikat penerbangan itu boleh meredakan keadaan kadar tambang yang mahal khususnya di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Melihat kepada prestasi dan keupayaan Kerajaan Sarawak, pada dasarnya saya bersetuju tentang penubuhan syarikat penerbangan itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Hotel dan Pusat Konvensyen Raia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata cadangan itu juga akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri Persekutuan esok.

“Saya setuju malah dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu dan Rabu ini, kita bincangkan (lagi berhubung kadar tambang penerbangan yang tinggi dan cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik Sarawak),” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan di majlis sama, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan harapan agar Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan penubuhan syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata penubuhan syarikat itu adalah bertujuan untuk menstabilkan harga tambang penerbangan ke Sarawak yang tinggi.

“Kita (Sarawak) di Pulau Borneo, orang datang ke sini perlu gunakan kapal terbang... mereka tak dapat guna cara lain tetapi kadar tambang mahal.

“Kita sebenarnya tidak mahu bersaing (dengan syarikat penerbangan lain) tetapi hanya mahu stabilkan kadar tambang. Kadar tambang Kuala Lumpur ke Kuching sama seperti Kuala Lumpur ke Hong Kong. Kerajaan negeri sudah bersedia untuk melabur dalam syarikat penerbangan,” katanya.

Pada 13 November tahun lepas, Abang Johari dilapor berkata Kerajaan Negeri Sarawak masih menunggu lesen dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi