web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Koleksi Batik Atilia Untuk Gaya Hidup Harian

Atilia Haron memberi sentuhan batik pada koleksi peribadinya secara eksklusif di Batik Boutique.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengamal yoga juga penyanyi, Atilia Haron melancarkan satu koleksi istimewa bersama Batik Boutique. Kolaborasi bersama pengasas Hippie Hub ini memberi fokus kepada koleksi yoga dan aksesori batik seperti kimono, tas tangan, pelitup muka dan set canting batik.

Menariknya, motif dan corak batik ini diilhamkan daripada bekas ikan laga kesayangan Atilia yang sudah mati, berenang-renang di semua koleksi ini sebagai ‘pahlawan kirana’. Atilia berharap corak ini dapat memberi semangat kepada si pemakainya untuk menjadi diri mereka yang terbaik. 

Rona-rona hitam, merah dan emas saling bercurahan, memberi rasa kekuatan bagi mereka yang mengenakan koleksi Atilia x Batik Boutique ini. 

“Saya memilih rekaan dan warna-warna garang ini untuk koleksi Atilia x Batik Boutique kerana ia menggambarkan suatu tenaga, bukan sahaja bagi mereka yang bakal menggunakannya, malah buat para artisan yang terlibat dalam menciptanya,” kata Atilia.

Ketika musim COVID-19 ini, amatlah penting untuk anda membawa tikar yoga kamu sendiri ke gimnasium. Hadir dalam dua warna, tikar yoga dalam koleksi Atilia x Batik Boutique ini diperbuat daripada getah asli, bahan-bahan semula jadi dan tidak bertoksik. Ia dilengkapi dengan material daya tarikan yang lembut untuk tangan dan kaki.

Penampilan fesyen pasca COVID-19 juga tidak lengkap tanpa pelitup muka. Koleksi ini turut didatangkan dengan set pelitup muka boleh guna semula, tiga lapis yang mengikuti garis panduan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Pelitup muka ini turut dicorakkan dengan batik si ‘pahlawan kirana’. Istimewanya, pelitup muka ini mesra alam kerana diperbuat daripada 100% kain kanji jagung yang boleh terurai secara semula jadi. Lindungi diri anda sambil melindungi Bumi.

Koleksi ini turut hadir dalam persalinan kimono dengan corak batik cantingan tangan. Kimono ini mudah dipakai dan sangat sesuai disarungkan ketika anda bergegas ke kelas sesi kelas pagi atau hanya ketika bersantai bersama rakan-rakan untuk sesi kopi di kafe.

Atilia x Batik Boutique bukan sekadar koleksi yoga dan aksesori batik. Setiap produk bercerita, dicanting dengan tangan oleh para artisan batik tempatan. Ia dijahit oleh tangan-tangan wanita dari masyarakat terpinggir di Malaysia. 

Seperti kata yang sering diucap Atilia, ‘Be happy and kind’, Atilia x Batik Boutique boleh didapati di atas talian di Batik Boutique. – Getaran, 6 April 2021

Semua gambar: Batik Boutique

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN