web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Model-Model ‘Istimewa’ Gah Menyarung Fesyen Masa Hadapan!

Apabila fesyen dan teknologi bersatu, mempersembahkan penampilan model-model istimewa dalam persembahan fesyen yang inovatif.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

True Colors Fashion: The Future is Now! (TCF:TFIN) adalah satu kolaborasi seni antara jenama-jenama fesyen dan teknologi dengan penglibatan model-model majmuk dari pelbagai latar belakang dan kepelbagaian bagi mempersembahkan norma fesyen inovatif yang serba baharu. 

Para seniman bekerjasama dengan pakar teknologi untuk menghasilkan karya-karya seni seperti pengolahan alat bantuan pendengaran sebagai objek fesyen, kanak-kanak dengan seni kaki palsu berlari dan dengarkan sesi perbincangan jujur antara panel-panel istimewa yang bersidang. 

Acara ini merangkumi rangkaian video, berbicara tentang pertembungan teknologi dan seni. Semua perkara yang mencabar apa itu fesyen dan apa itu seni.

TCF:TFIN menangkapi kreativiti manusia dengan sebaik-baiknya, melahirkan kemungkinan dunia baharu yang boleh terciptakan oleh teknologi dan fesyen di masa hadapan.

“Sejak komputer dicipta, kita dapat menyelesaikan masalah dengan mudah. Ia memudahkan manusia untuk berhubung antara satu sama lain.”

“Sesuai dengan idea ini, TCF:TFIN menyediakan pentas bagi semua orang untuk bereksperimentasi diri dengan fesyen yang diperkuatkan pula dengan teknologi,” kata Yoichi Ochiai, Pengarah The Future is Now!

Antara nama-nama besar yang terlibat seperti Masatane Muto, DJ yang memainkan muzik dengan gerak matanya; Pipi, seorang remaja pekak yang pernah berjalan di pentas Minggu Fesyen Jepun; Hirotada Ototake, seorang wartawan dan penulis tanpa anggota badan yang lengkap dan Fumiya Hamanoue, seorang pendaki cacat yang mewakili Pasukan Paralimpik Jepun. 

“Saya percaya teknologi tidak hanya mampu membantu fungsi anggota badan kita yang hilang, malah ia mampu menambahkan had kemampuan tubuh manusia. Selain bertindak sebagai pelengkap, teknologi juga dapat membantu kita melakukan lebih banyak perkara,” ujar Muto.  

Jenama-jenama fesyen dan teknologi yang terlibat dalam projek bestari ini merangkumi Xiborg Inc, Sony, Ontenna, Tommy Hilfiger dan Kansai Yamamoto (rumah fesyen pilihan pelanggan setia, David Bowie dan Elton John).

“Saya mahu membina dunia di mana tidak mempunyai sepasang kaki ialah bukan penghalang untuk berlari. Saya mahu berlari menggunakan kaki prostetik dianggap suatu perkara yang normal, bukan hanya untuk para atlet, malah insan biasa di luar sana,” kata Ken Endo, Pengasas Xiborg Inc dan penyelidik bersama di Makmal Sains Komputer Sony.

Acara ini mendapat sentuhan arahan Yoici Ochiai, seorang saintis merangkap artisan terkenal di Jepun. Ini merupakan kali ketiga TCF:TFIN dianjurkan oleh Kao Kanamori dari Drifters International pada tahun ini. Tema utama acara ini ialah fesyen untuk semua. 

“Acara anjuran kami satu peringatan yang dunia ini adalah satu planet yang beraneka ragam dan berkepelbagaian, menjadikannya lebih dinamik dan indah untuk didiami.

“Harapan kami mempersembahkannya melalui lensa fesyen, supaya dapat membantu masyarakat di luar sana menghadapi prasangka tentang orang kelainan upaya (OKU),” ucap Kanamori selaku penganjur.

True Colors Fashion: The Future is Now! disokong oleh Majlis Seni Tokyo, Yayasan Metropolitan Tokyo dan diterbitkan bersama Drifters International. Layari True Colors Festival untuk maklumat lanjut – Getaran, 29 Jun 2021

Semua gambar: The Nippon Foundation

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN