web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Busana Paling Meriah Di #Olimpik2020

Lihat pakaian kebangsaan paling bergaya dan menonjol di upacara pembukaan temasya Olimpik tahun ini.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 2:01PM

Gambar: Hannah McKay Pool/AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun ruang duduk Stadium Nasional Jepun tiada kelibat penonton seperti edisi-edisi terdahulu, Majlis Perasmian Olimpik Tokyo 2020 kekal berlangsung meriah.

Paling menangkap perhatian adalah semasa para atlet dari seluruh dunia teruja mewakili negara masing-masing ketika upacara perbarisan dan perarakan negara yang berwarna-warni. 

Acara gilang-gemilang ini menyaksikan barisan atlet dari 205 negara masuk ke dalam stadium, memperagakan pakaian kebangsaan dan tradisional dengan senyuman lebar, bangga di bawah panji bendera masing-masing.

Saat ini, tiada yang bergelar pemenang atau mereka yang tewas. Semua delegasi kelihatan segak, cantik dan bergaya. Ia seolah-olah melambangkan semangat Olimpik yakni perpaduan. 

Baiklah, tanpa membuang masa, berikut kami senaraikan 10 busana (tanpa turutan) paling meriah dan menangkap perhatian di upacara pembukaan #Olimpik2020: 

#1 Malaysia

Tentu sahaja, rombongan negara kita mendapat tempat di hati semua. Dengan warna bendera yang kontras, busana tradisional ini diinspirasikan daripada Hikayat Hang Tuah. Ia direka oleh siswa dari Fakulti Seni Lukis dan Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

#2 Brazil

Dengan hanya berselipar dan bercelana pendek, mereka tidak hanya menari ketika memasuki stadium, malah delegasi Brazil ini turut memakai pakaian yang sangat santai dan kasual, bermotifkan kehijauan hutan Amazon di Brazil. 

#3 Amerika Syarikat

Delegasi Amerika Syarikat pula tidak lekang dengan gaya old navy mereka. Bergaya dengan persalinan lengkap Ralph Lauren, mereka memakai sepatu putih, jeans dan kot berwarna biru pekat bersama kemeja-T belang biru-putih. 

#4 Bahrain

Pembawa bendera wanita Bahrain merangkap atlet renang, Noor Yusuf Abdullah mengenakan abaya merah membara dengan perhiasan kepala yang mewah dan gorgeous! Siapa bilang gadis Arab tak menawan?

#5 Tonga

Berbicara soal pembawa bendera, edisi olimpik tahun ini juga sohor kini dengan pesona pembawa bendera dari Tonga bernama Pita Taufatofua. 

Ini adalah penampilan keduanya (yang pertama di Olimpik Rio 2016) sebagai pembawa bendera tidak berbaju yang hanya mengenakan kain sarung tradisional Tonga. Pita sekali lagi tular di semua media sosial dek penampilannya ini. 

#6 Tuvalu

Sebuah lagi negara di Kepulauan Pasifik yang mencuri perhatian ramai. Tuvalu mungkin sebuah pulau yang kecil tetapi impak busana tradisionalnya sangat besar dan menjadi bualan semua. Matie Stanley dan Karalo Maibuca diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera. 

#7 Kenya

Delegasi Kenya pula tampil kontras dengan warna merah dan biru bercorak petak, dilengkapi mantel seakan-akan pahlawan Afrika yang digeruni! 

#8 Cameroon

Sebuah lagi negara Afrika, Cameroon pun tak kalah dengan persalinan lengkap busana tradisional mereka dalam rona bendera Cameroon iaitu merah, kuning dan hijau dengan latar tanah kain berwarna hitam. 

#9 Mali

Juga dari Afrika, dengan hanya menghantar empat atlet dan semuanya lelaki, delegasi Mali tampak segak dan suci dalam persalinan kaftan putih tradisional mereka yang dipanggil ‘Boubou’.

#10 Greece

Ketika delegasi lelaki tampak ringkas dengan sut berwarna biru, delegasi wanitanya menjadi tumpuan dengan gaya super-chic pleated skirts. – Getaran, 27 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Jelajah 6 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

4

Sukan 10 bulan yang lalu

KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN