web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Hotel ‘Hacks’ Patut Anda Cuba! 

Mudah dan percuma, ini sepuluh cara pintar ketika bermalam di hotel kala percutian.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 5:47PM

Gambar: Anastasia Shuraeva, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melancong adalah salah satu cara untuk menenangkan jiwa dan merehatkan minda. Ia membawa kegembiraan yang tiada tandingannya. Mereka yang mengembara akan sentiasa berkongsi kisah-kisah kembara menarik, membuatkan anda tidak duduk diam mendengarnya. 

Anda mungkin ingin melawat Pergunungan Alps di Switzerland, ataupun berehat di tepian pantai Hawaii. Atau melancong secara domestik sahaja dalam negara. Pada penghujung harinya, semua pelancong ingin kembali ke bilik hotel yang selesa. 

Ya, bilik hotel memainkan peranan penting kala percutian. Setelah penat menikmati panorama dan berjalan-jalan sepanjang hari, bilik hotel adalah destinasi akhir untuk berehat. Percayalah, bilik hotel amat mempengaruhi mood anda sepanjang percutian. 

Nah, kami senaraikan 10 godaman hotel yang boleh anda cuba semasa percutian nanti!

Gambar: Visualsofdana, Unsplash
Gambar: Visualsofdana, Unsplash

 

#1 Mulakan dengan kesegaran

Bilik hotel yang bersih, memangkin perasaan yang tenang. Untuk menambahkan lagi ‘emosi’, pasangkan penyegar udara di penghawa dingin. Ia bukan sahaja bakal menyingkirkan bau-bauan yang terperap, malah menyegarkan ruang. 

#2 Netflix & Chill

Percutian juga merupakan satu masa untuk anda relaks tanpa berbuat apa-apa. Sama ada berseorang ataupun bersama pasangan, inilah masanya untuk anda menghabiskan episod-episod di Netflix yang tertunggak! 

Gambar: David Balev, Unsplash
Gambar: David Balev, Unsplash

#3 Slot USB di televisyen

Salah satu kelemahan bercuti di luar negara adalah jenis palam suiz mereka mungkin berbeza dengan palam suiz di negara kita. Atau bila anda sendiri terlupa bawa palam pengecas telefon pintar anda ketika bercuti di dalam negara? Boleh jadi juga. 

Jangan risau, selalunya di belakang panel televisyen hotel anda terdapat beberapa slot USB yang boleh anda gunakan untuk mengecas telefon pintar, sementara membeli yang baharu di kedai aksesori berdekatan. 

#4 Bilik bebas bunyi

Kadang-kadang ada hari di kala percutian, kita hanya mahukan ketenangan. Berendam di dalam tub mandi dengan buih-buih hangat nan mewangikan. Oh, nikmatnya kehidupan.

Namun walaupun berada di dalam bilik hotel sendirian, kadang-kala akan kedengaran bunyi tapak kaki di luar bilik, mundar-mandir tanpa henti. Lagi-lagi kalau hotel anda itu popular dan sibuk. 

Untuk mengelakkan ini terjadi, sumbatkan tuala atau kain tebal di bawah kaki pintu. Dengan ini, pencemaran bunyi dan udara dari luar bilik tidak akan lagi mengganggu ketenangan anda! 

Gambar: Runnyrem, Unsplash
Gambar: Runnyrem, Unsplash

 

#5 Pembesar suara ajaib!

Jika anda ingin kesan stereo tanpa pembesar suara, hanya letakkan telefon pintar anda ke dalam cawan. Mainkan muzik mengikut kelantangan suara yang diinginkan! 

#6 Tebus guna

Pastinya ramai akan memesan cendehati ketika kamu bercuti. Itu perkara biasa. Gunakan plastik dobi atau topi mandian (shower cap) yang disediakan pihak hotel untuk membungkus barang-barangan itu. Jimat dan mesra alam! 

#7 Bermesra dengan petugas meja hadapan

Pihak hotel akan sentiasa memastikan persinggahan anda di hotel mereka berjalan dengan lancar. Apa sahaja yang anda perlukan, selalunya pihak hotel akan mendapatkannya. Namun tentu sekali ia datang dengan harga!

Apa kata anda berbaik-baik dengan petugas meja hadapan? Tak salah untuk bersifat mesra. Senanglah untuk anda meminta pertolongan! Lagipun, kadang-kala ada hotel yang mempunyai polisi melayan tetamu dengan barangan percuma seperti coklat. Sedap juga! 

#8 Seterika Semula Jadi

Tentulah anda tidak akan membawa seterika ketika bercuti, bukan? Jadi, apa mahu buat kalau pihak hotel tidak menyediakan seterika di dalam bilik hotel? Mahu hantar ke dobi hotel, agak mahal dan merugikan pula.

Jadi, cuba gantung baju anda itu di dalam bilik air. Ketika mandi, pasangkan air panas sehingga wap-wap memenuhi seluruh ruang. Wap panas tersebut sedikit sebanyak akan membantu meluruskan kedutan di baju anda itu tadi. 

#9 Sentiasa hidrasi

Pastikan percutian anda tidak mengundang sebarang kecemasan! Hidrasi sangat penting. Minumlah air dengan secukupnya. Selalunya hotel akan sediakan mesin pemancur air minuman percuma yang boleh anda botolkan sebelum keluar melakukan aktiviti seharian. 

#10 Pastikan keselamatan

Jika anda bercuti dan membawa barangan berharga seperti komputer riba atau barang kemas, tentu sahaja anda tidak akan berasa selesa meninggalkan bilik hotel.

Simpan barangan berharga itu dalam lipatan baju di dalam beg bagasi anda. Dengan ini, ia tidak mudah ditemui. Anda juga boleh membeli alat penyendal pintu mudah alih bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku semasa tidur. - Getaran, 28 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

3

Jelajah 3 bulan yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN