web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Lokasi Ekopelancongan Yang Menawan

Tenangkan diri, sektor ‘ecotourism’ atau ekopelancongan semakin menjadi pilihan di kalangan pelancong tempatan akibat lama terperap di dalam rumah. Kunjungi selepas PKP nanti!

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 8:40AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru sahaja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) bermula 25 Mei 2021. Maka, berkuburlah harapan rakyat jelata untuk melancong buat masa terdekat. Namun jangan khuatir, kami di sini mendengar keluhan anda.

Apa kata alang-alang sudah lama terperap di rumah itu, anda kenali terlebih dahulu pelbagai aktiviti ekopelancongan yang menarik dan cukup mengujakan di sekitar Selangor? Negeri Selangor mempunyai banyak tempat-tempat ekopelancongan bagi penggemar alam semula jadi.

Tenangkan fikiran, luangkan masa senggang anda itu selepas PKP berakhir nanti dengan menyatu semula bersama alam dan nikmatilah aktiviti-aktiviti luar yang melibatkan alam semula jadi di sembilan cadangan lokasi eko pelancongan ini, seperti di bawah:

1 – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

Dengan keluasan 600 hektar, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) dikelilingi Hutan Simpan Bukit Lagong, Kepong. Selain berjoging dan bersenam di taman-taman semula jadinya, tarikan utama di FRIM ialah ‘Sky Walk’. Di sini anda boleh bersiar-siar sambil melihat kanopi pohon-pohon hutan tertinggi di Malaysia yang menakjubkan. 

Anda juga boleh berkelah atau berkhemah bersama keluarga, berbasikal bersama teman-teman serta berpeluang mempelajari tentang keunikan hutan kita melalui penjelasan renjer hutan yang bertugas atau melalui papan-papan tanda yang terdapat di sini. Bayaran masuk hanya RM5 dan tambahan RM5 sekiranya anda membawa kamera untuk mengambil gambar.

Sedikit fakta menarik, FRIM pada mulanya adalah tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur, sebelum bertukar peranan menjadi sebuah institusi perhutanan negara yang kita kenali hari ini. Ia masih lagi satu kawasan hutan yang terpelihara dengan suasana yang nyaman dan sentosa di tengah-tengah kawasan bandar Kepong. 

2 – Skytrex Sungai Chongkak, Hulu Langat

Taman ekstrem ini pula mempunyai laluan trek flying fox yang terpanjang di Malaysia dan lebih panjang berbanding cawangan lainnya di Langkawi dan Melaka. Ia terkenal kerana trek rintangannya melewati Sungai Chongkak dan dikelilingi kehijauan Hutan Gunung Nuang. 

Terdapat tiga pakej yang disediakan untuk pengunjung. Setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa selama satu jam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. 

3 – Taman Eko Rimba Kanching

Taman eko ini memiliki kawasan air terjun dan sungai yang cantik dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai tujuh lapisan air terjun setinggi 208 meter. Semakin tinggi pendakian, semakin cantik pemandangan air terjunnya. 

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk hanya RM1 (Isnin – Jumaat) dan RM2 (Sabtu- Ahad). Hanya tunjukkan Mykad sebelum masuk ke lokasi.

4 – Bukit Broga, Hulu Langat

Lokasi yang paling sesuai untuk pendakian bagi semua peringkat umur kerana denai Bukit Broga bolehlah dikategorikan sebagai kurang mencabar. Bukit yang hanya berketinggian 400 meter dari paras laut ini hanya mengambil masa selama satu jam untuk anda sampai ke puncak.

Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan hijau, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai dijadikan sebagai kenangan. Lepaskan lelah mendaki dengan menghirup air kelapa segar yang boleh dibeli di gerai-gerai sekitar. Bayaran RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. 

Satu fakta menarik, mendaki Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan anda mendaki Gunung Kinabalu!

5 – White Water Rafting, Hulu Selangor

Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti harung jeram (water rafting) di sini sangat terkenal. Jika anda mahu mencuba aktiviti sukan air lasak, White Water Rafting menyediakan perkhidmatan mengharungi jeram sepanjang 8km di Sungai Selangor.

Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan secara solo atau bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai dua orang. Layari laman web WhiteWaterRafting.com untuk maklumat lanjut. 

6 – Water Tubing, Hulu Selangor

Lagi aktiviti air lasak, water tubing turut boleh dilakukan di Kuala Kubu Bharu. Ia aktiviti yang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan. Ia tidak memerlukan dayung, anda hanya perlu mengikuti arus sungai.

Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub yang dinaiki akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak tiub mereka dengan hanya menggunakan tangan! Pastinya ditemani gelak tawa semasa sesi menolak itu! Anggaran harga untuk aktiviti ini adalah RM30. 

7 – Kembara 4x4 Teratak Riverview, Hulu Selangor

Apa kata anda meredah hutan pula? Inilah masanya anda menaiki trak 4x4 yang menyeronokkan dan mencabar! Trak-trak ini akan membawa anda menjelajahi jalan hutan, kawasan paya, ladang buah-buahan, menyeberangi sungai dan air terjun serta kawasan kampung-kampung tradisional.

Menariknya, anda juga boleh berkelah dan berenang di sungai yang dilewati itu sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang terbentang luas. Lingkungan harga bayaran mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung. Minimum enam orang peserta.

Layari teratakriverview.com untuk maklumat lanjut. 

8 – Taman Alam, Kuala Selangor

Merupakan sebuah taman alam semula jadi yang dikelilingi hutan paya bakau. Taman Alam mempunyai 4km laluan siar untuk pengunjung menelusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 spesies burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari Siberia, Rusia. 

Cadangan #OOTD, anda juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokoknya yang cantik dan estetik di sana. Hanya RM4 bayaran dikenakan untuk dewasa dan RM1 untuk mereka yang di bawah 16 tahun. Layari TamanAlam.my untuk maklumat lanjut. 

9 – Paralayang di Bukit Jugra & Bukit Batu Pahat

Saksikan pemandangan dari atas udara di Bukit Jugra (Kuala Langat) dan Bukit Batu Pahat (Hulu Selangor) yang mempesona! Dengan ketinggian 400 meter dari paras laut, dua lokasi popular ini wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin mencuba pengalaman ‘terbang’ di udara. 

Paralayang atau paragliding amat terkenal di sini. Masa yang sesuai untuk melakukannya adalah pada bulan Mac hingga September. Bayaran dianggarkan berjumlah RM320 (seorang). Layari mdkl.my untuk maklumat lanjut. – Getaran, 27 Mei 2021

Semua gambar: Tourism Selangor  



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN