web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

Rantau yang kini terkenal dengan pelbagai restoran menarik, berjaya meraih pujian pelanggan, khususnya restoran yang diketuai chef muda berbakat

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:26PM

Hidangan ikan bersama lemon. gambar Türkiye Tourism Promotion and Development Agency

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rantau Aegean di Türkiye kini mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk menikmati pengalaman gastronomi serba berbeza, merangkumi budaya kulinari tradisional yang berkurun lamanya. 

Pantai Aegean Türkiye adalah salah satu tempat terpenting di negara itu bagi menikmati warisan kulinari yang menggabungkan minyak zaitun, rangkaian herba dan sayur-sayuran asli, makanan laut segar, tradisi pembuatan wain dan falsafah dari ladang ke meja hidangan. 

Bodrum
Bodrum

Terkini, rantau berkenaan terkenal dengan restorannya yang meraih pujian dengan kebanyakan restoran diketuai oleh chef muda berbakat yang menyajikan adaptasi baharu pelbagai hidangan klasik. 

Panduan Michelin sudah pun mengiktiraf beberapa restoran di İzmir dan Bodrum iaitu dua lokasi Aegean yang popular lantaran menunya yang pelbagai dan berkualiti tinggi.

Minyak Zaitun Tumpuan Utama

Disebabkan keadaan geografi dan iklimnya yang bersesuaian, pantai Aegean menjadi antara pengeluar buah zaitun yang terbesar di Anatolia. Budaya yang  berakar umbi itu dan sejarah penanaman turut menjelaskan mengapa sajian masakan Aegean terhasil daripada buah zaitun dan minyak zaitun. 

Fennel
Fennel

Buah zaitun dan minyak zaitun enak dari rantau ini adalah masakan utama Aegean yang begitu dihargai sekian lama. Minyak zaitun yang diadun rasanya bersama herba seperti thyme, rosemary atau pudina, menjadi hidangan utama meja sarapan di Aegean yang disajikan sebagai pencecah roti segar.

Selain itu, minyak zaitun turut digunakan sebagai agen penambah perisa, menyihatkan dan rasa ringan pada salad, pembuka selera dan hidangan utama sewaktu makan tengah hari dan makan malam. 

Di sini, sayur-sayuran seperti kacang hijau, terung dan articok diubah menjadi sajian yang begitu lazat dengan sentuhan keajaiban minyak zaitun yang juga rahsia awet muda. Perisa lain yang terkenal dalam masakan Aegean diperoleh daripada herba asli rantau ini. 

Pesta perayaan pula dianjurkan untuk meraikan herba yang enak dan berunsurkan perubatan ini seperti Şevket-i bostan (Blessed Thistle), asparagus dan dandelion, yang diadun dengan minyak zaitun lazat dan disajikan sebagai hidangan utama atau hidangan pembuka selera. 

Hidangan laut.
Hidangan laut.

Meja Mewah Dengan Makanan Laut

Lazimnya, masakan Aegean merangkumi hasil tangkapan dari Laut Aegean. Dari Ayvalık ke Alaçatı dan dari Bodrum ke Datça, restoran di bandar pesisir pantai menyajikan makanan laut paling segar termasuklah sea bream, siakap, kerapu, tiram, sotong kurita, sotong dan udang. 

Hidangan sotong kurita dan sotong, kaserol udang dan ikan bermusim yang dibakar memeriahkan suasama makan malam yang tidak dapat dilupakan.

Penanaman Anggur, Restoran mewah

Lantaran keadaan tanah dan iklimnya, rantau Aegean dianggap antara geografi yang paling diidamkan di dunia. Ke mana sahaja anda melancong di wilayah berkenaan, pengembaraan anda pasti akan membawa ke ladang anggur yang berusia berabad lamanya. Dalam perjalanan ke Aegean, anda boleh mengunjungi ladang anggur ini dan menemui sesuatu yang luar biasa. Anda boleh mencuba pelbagai wain Turki dan terkenal di peringkat antarabangsa.

Rantau Aegean Türkiye mengetengahkan pelbagai pilihan hidangan mewah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, chef yang inovatif membuka restoran kelas atasan yang mempamerkan kelestarian ekologi dan budaya hidangan masakan Aegean menerusi produk dan tradisi rantau yang subur ini.

Destinasi pelancongan paling popular, Urla di İzmir, membolehkan pengembara mencuba hidangan tempatan di restoran mengikut konsep dari ladang ke meja hidangan. Panduan Michelin Guide turut meliputi Urla di İzmir dan Bodrum di Muğla, satu lagi destinasi pelancongan yang terkenal. – Getaran, 5 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Panduan MICHELIN Akan Umum Restoran Malaysia Tersenarai Jun Ini

2

TARA 1 tahun yang lalu

Bengkel Kulinari Untuk Kanak-Kanak Menerusi Kempen #NiuYouNewFortune

3

Selera 2 tahun yang lalu

'Makan-Makan Malaysia' Bantu Promosikan Minyak Sawit Di Belgium

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Anis Nabilah Raih Pendapatan Tertinggi, Terima Anugerah Platinum

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN