web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bengkel Kulinari Untuk Kanak-Kanak Menerusi Kempen #NiuYouNewFortune

Kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams akan berpeluang menimba kemahiran kulinari dengan tunjuk ajar daripada barisan Cef dari Anchor Food Professionals.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 11:05AM

Kanak-kanak Yayasan Sunbeams bersama dengan Peter Quah, Steven dan Chef Wee Liat - Gambar ihsan Anchor Food Professionals

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan semangat Tahun Baru Cina tahun ini, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams bakal menganjurkan sebuah bengkel kulinari untuk kanak-kanak berusia 14 hingga 17 tahun yang bernaung di bawah yayasan tersebut.

Bengkel ini bertujuan untuk melengkapi, menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini.  

“Pembelajaran tidak semestinya mengambil tempat di bilik darjah sahaja – dan sempena Tahun Baru Cina ini, kami ingin menjemput tuah dan peluang-peluang baharu dengan cara kami sendiri menerusi kempen #NiuYouNewFortune.”

“Kami berharap kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya mereka pada masa akan datang. Yang pasti, bengkel ini dirumus khas untuk membawakan pengisian yang sarat dengan ilmu dan keseronokan bagi kanak-kanak ini,” ulas Pengarah Perkhidmatan Makanan, Anchor Food Professionals, Malaysia, Peter Quah.

Riang mencuba sesuatu yang baharu bersama rakan
Riang mencuba sesuatu yang baharu bersama rakan

Sebagai sebuah jenama yang menilai kepentingan pelaburan dalam individu, Anchor Food Professionals ingin membantu membangunkan kemahiran yang dapat mencorak sebuah kerjaya yang bermakna bagi kanak-kanak ini pada masa akan datang. 

Jenama ini mahu memastikan perkhidmatannya mencerminkan impak yang positif kepada komuniti yang terhubung dengan mereka, sama ada melalui produk makanan, mahupun pelbagai aktiviti yang mereka jalankan.

“Kami percaya bahawa kami memiliki tanggungjawab untuk melengkapi warga komuniti dengan ilmu dan kemahiran pemakanan yang baik bagi membantu mereka memajukan diri dari suatu segi. 

“Selain membekalkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran kulinari, mereka juga akan diajar tentang kepentingan pemakanan menerusi pilihan makanan mereka.

“Kami berharap menerusi aktiviti ini, kami bukan sahaja dapat menerapkan ilmu pengetahuan berharga, tapi juga amalan pemakanan yang lebih baik dalam diri kanak-kanak ini,” tambah Quah.

Pendidikan dan pengetahuan menjadi semakin penting dewasa ini. Justeru, Anchor Food Professionals berharap menerusi aktiviti seperti ini, mereka dapat melahirkan sebuah generasi pakar industri makanan yang pada satu hari nanti dapat menjulang prinsip jenama ini yang berpaksikan pemakanan dan juga kesejahteraan. 

Bengkel kulinari ini akan berjalan dari Januari hingga April 2023 dengan meliputi sesi dekorasi biskut, membuat pastri dan makanan panas seperti pasta dan sup, jadi kanak-kanak yang terlibat boleh mempelajari pelbagai teknik masakan di bawah penyeliaan cef-cef profesional. 

Setelah kanak-kanak ini selesai menjalani bengkel tersebut, mereka akan menerima sijil penyertaan sebagai tanda pengiktirafan atas penglibatan mereka dalam program khas ini. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara