web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Makan-Makan Malaysia' Bantu Promosikan Minyak Sawit Di Belgium

Sebuah program khas bernama 'Makan-Makan Malaysia' yang diadakan di Rumah Malaysia, Brussels, Belgium telah menghidangkan masakan Malaysia bersama Dayana Wong, pengarang buku masakan 'Penang Makan'.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 2:15PM

Duta Malaysia ke Belgium, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani bersama Dayana Wong, pengarang buku masakan 'Penang Makan' - Gambar Instagram @mwbrux

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah program khas bernama 'Makan-Makan Malaysia' yang diadakan pada 20 Julai lepas di Rumah Malaysia, Uccle, Brussels, Belgium bukan sahaja menghidangkan kelazatan masakan Malaysia bersama Dayana Wong (pengarang buku masakan Penang Makan) tetapi turut menggunakan minyak sawit dalam penyediaan makanan.

Duta Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani berkata kebanyakan makanan yang dihidangkan itu diilhamkan daripada buku resipi Dayana Wong.

Buku masakan Penang Makan telah dinobatkan sebagai yang terbaik di dunia di bawah kategori makanan jalanan di Anugerah Gourmand ke-27 di Sweden.

“Kami membawa sedikit masakan Pulau Pinang ke Belgium hari ini. Kami berbangga menggunakan minyak sawit dalam penyediaan makanan kami,” kata Ahmad Rozian pada majlis tersebut.

Beliau berkata minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling banyak digunakan dan didagangkan di dunia serta ia merupakan bahagian penting dalam ekonomi Malaysia, minyak sawit adalah tanaman yang menghasilkan minyak paling tinggi di dunia.

“Minyak sawit menyumbang AS$19.2 bilion hasil eksport atau kira-kira 4.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan merupakan sumber pendapatan penting bagi pekebun kecil di kawasan pedalaman Malaysia.

"Kira-kira 40 peratus daripada 5.8 juta hektar keluasan tanaman kami dimiliki dan dikendalikan oleh pekebun kecil, kira-kira 650,000 petani bergantung kepada komoditi tersebut," katanya.

Perdagangan Malaysia dengan EU telah meningkat tahun lepas, di mana jumlah perdagangan dengan EU meningkat 25.8 peratus kepada AS$43.48 bilion daripada AS$34.15 bilion pada 2020 dan eksport utama adalah produk elektrik dan elektronik (40.4 peratus); minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit (15.9 peratus) dan produk getah (12.4 peratus), katanya.

Mengenai eksport minyak sawit, Ahmad Rozian berkata lebih daripada 90 peratus minyak sawit yang dieksport ke pasaran EU telah mendapat pensijilan minyak sawit mampan.

Sistem pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau MSPO telah diberi mandat sebagai komitmen kerajaan untuk memastikan rekod prestasi kemampanan tersebut diperluaskan lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 bulan yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

2

Semasa 1 tahun yang lalu

 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN