web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 MoU Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf Tingkat Pembelian Minyak Sawit - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 7:54AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd dan Kumpulan GuangXi Beibu Gulf International Port di Nanning, China, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NANNING - Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat kepada 500,000 tan setahun berbanding 250,000 tan pada tahun sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia adalah satu kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja sehari beliau di sini.

Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu semalam melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan serta beberapa menteri Malaysia, telah menyaksikan pertukaran MoU itu sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia