web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sir Ladang’ Kongsi Rutin Jadi Penternak Lembu Di TikTok, Beri Inspirasi Kepada Anak Muda

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 9:51AM

Ridzuan Khalid (kiri) dan adiknya, Hanafi Khalid menimba ilmu dalam soal penternakan dan penjagaan lembu daripada pengusaha ladang lembu berpengalaman di kampung mereka di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kewujudan media sosial seperti TikTok bukan sahaja menjadi platform kepada masyarakat mempamerkan bakat dan kreativiti dalam berkarya, malah dapat memberi manfaat dalam kelebihan berkomunikasi dan bersosial.

Melalui aplikasi itu, pensyarah Ridzuan Khalid, 39, terus aktif berkongsi segala aktiviti hariannya terutamanya selepas berjinak-jinak dalam bidang penternakan lembu di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang sejak Mac 2021.

Usaha pensyarah bidang perhotelan di Kolej Komuniti Rompin itu ternyata bukan sahaja menarik perhatian penuntutnya bahkan pengguna TikTok lain sekali gus ‘membuka mata’ orang ramai khususnya golongan belia untuk menceburi kerjaya tidak ‘glamor’ itu.

“Asalnya, akaun itu dibuka untuk menilai tugasan yang diberikan kepada penuntut saya bagi subjek keusahawanan terutamanya dalam aspek kebolehan menonjolkan diri mereka.

“Jadi, saya ambil pendekatan sama dengan memuat naik video agar mereka boleh jadikannya sebagai rujukan, ditambah pula ketika itu saya banyak menghabiskan masa di kandang lembu,” katanya kepada Bernama.

Tanpa disangka-sangka, Ridzuan berkata inisiatifnya itu mendapat maklum balas sangat positif terutamanya golongan muda dan ada yang menghubunginya bertanyakan cara untuk bermula dan menternak lembu.

@sirladang

Nak ikut trend tapi x pandai. Lembu pun geleng kepala tengok badan kayu. Yeahhh CNY sekor lagi insyaAllah beranak. #sirladang @bkxalid

♬ Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim

“Jadi, apa yang saya lakukan ini bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan. Jangan rasa malu dan segan, bidang ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dengan pasaran yang tinggi dan luas,” katanya yang mempunyai hampir 37,000 pengikut di platform media sosial itu.

Ridzuan yang juga digelar ‘Sir Ladang’ dalam kalangan pengikut di TikTok, memilih untuk menceburi bidang ternakan lembu selepas menyedari potensinya yang semakin berkembang sekali gus membantu menjana pendapatan sampingan.

Pada masa sama, katanya, ia juga dilakukan bagi menghargai pengorbanan adiknya, Hanafi Khalid, 35, yang sanggup menetap di kampung halaman bagi menjaga kedua ibu bapa mereka.

“Kami bermula dengan modal permulaan RM10,000 bagi tujuan membina kandang dan membeli tiga ekor lembu. Selepas melihat potensinya, saya membuat keputusan untuk melabur wang simpanan dengan membeli 12 ekor lembu lagi dan merancang untuk menambahnya hingga 30 ekor tahun ini.

“Walaupun ada permintaan, buat masa ini kami masih dalam fasa belajar, mengenali dan membiak lembu. Bagaimanapun, kami sudah mula menerima tempahan bagi tujuan ibadah korban tahun ini,” katanya yang membantu menguruskan ladangnya selepas waktu bekerja dan hujung minggu.

Mengakui tiada asas dan pengetahuan dalam soal penternakan dan penjagaan lembu, Ridzuan dan Hanafi mengambil inisiatif menimba ilmu daripada pengusaha ladang lembu berpengalaman di kampungnya selain mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Jujurnya, bidang ini memang sangat mencabar apatah lagi untuk kami yang memang zero knowledge. Jadi, apa yang kami buat adalah dengan mencari penternak lembu yang berpengalaman termasuk menonton video di YouTube untuk belajar cara mengendalikan dan menguruskan ladang,” katanya.

Jelas anak kelima dari sembilan adik beradik itu, walaupun mempunyai pekerjaan tetap dan stabil, bidang penternakan lembu memberikannya kepuasan berbeza.

“Bila mengajar, saya puas jika anak didik berjaya tetapi bila ‘bermain’ dengan alam ia memberi keseronokan tersendiri sehingga mampu menghilangkan tekanan kerja.

“Ia bagaikan satu terapi buat saya lebih-lebih lagi bila lembu-lembu ini semakin jinak dan manja bahkan kenal saya sebagai tuan mereka,” katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang hospitaliti dan pelancongan pada 2023.

Dalam pada itu, Ridzuan juga bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu dengan menjadi pembekal daging segar dalam tempoh lima tahun akan datang selain mengusahakan ladang sayur-sayuran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara