web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rahmat Penjilid Buku Lama Berkhidmat Lebih 40 Tahun Di JARO

Proses menjilid buku secara manual memerlukan fokus dan ketelitian. Nampak mudah tetapi kalau tiada kemahiran dan kesabaran, agak sukar untuk menyiapkannya.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 9:08AM

Gambar: Mohd Hilmizudin Daud, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Saya suka dan puas hati menjilid buku-buku lama ini sebab ia menyeronokkan dan dapat 'selamatkan' kandungan berharga dan bersejarah," demikian kata seorang Orang Kurang Upaya (OKU) Rahmat Arsat, 64.

Bercakap kepada Bernama, Rahmat berkata meskipun tugas menjilid buku secara manual bukan kemahiran dipelajarinya, namun ia telah menjadi kerjaya beliau di Pertubuhan Pemulihan Kawasan Johor (JARO) selama lebih 40 tahun.

Bagi warga emas itu, kerjaya tersebut amat sesuai buat dirinya yang cacat kaki kanan sejak lahir, malah menurutnya kemahiran menjahit dipelajarinya semasa menyertai program kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 1976, telah memberi kelebihan kepadanya sebelum menyertai JARO setahun selepas itu.

"Proses menjilid buku secara manual ini memerlukan fokus dan ketelitian. Nampak mudah tetapi kalau tiada kemahiran dan kesabaran, agak sukar untuk menyiapkannya kerana ia perlukan minda dan gerak tangan mesti sempurna untuk menjilid.

"Dalam pasukan menjilid buku lama ini, tugas saya adalah untuk memotong kertas-kertas kandungan buku ini serta menyusunnya dengan sama rata dan kemas, kemudian menjahit atau menjilid helaian kertas menjadi senaskhah buku baharu," katanya yang telah berkhidmat di JARO sejak berusia 19 tahun.

Beliau berkata selain kandungan buku atau majalah lama untuk diperbaiki, dia bersama pasukan dari bengkel penjilidan turut menjilid secara manual dokumen lama yang dilakukan atas permintaan beberapa pihak seperti firma guaman dan sebagainya.

"Ada juga yang mahu simpan dokumen-dokumen lama sebagai rujukan mereka…dan mungkin mereka ini berasa lebih selesa apabila rujukan itu dijadikan senaskhah buku. Kebanyakan individu ini terdiri daripada peguam," katanya yang pernah menjilid buku berusia hampir 40 tahun.

Sementara itu, Pengurus Besar JARO Joseph Roy Arputham berkata penjilidan buku lama antara perkhidmatan utama disediakan JARO dan keunikan organisasi itu ialah masih mengamalkan teknik lama seperti menjahit buku menggunakan benang secara manual.

"Kemudian, untuk menjadikannya lebih cantik, kulit buku itu diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kertas dinding lusuh, membersihakn kain terpakai atau terbuang seperti songket dan kain batik," katanya.

Bercerita lanjut, beliau berkata proses menjilid buku lama dimulakan dengan memotong kertas, diikuti menjahit helaian kertas menjadi rangka buku dan kemudian melekatkannya menggunakan gam agar lebih kukuh sebelum disatukan dengan kulit buku yang telah dicapkan tajuknya.

Pekerja Pertubuhan Pemulihan Kawasan Negeri Johor (JARO), Rahmat Arsat, Orang Kurang Upaya (OKU) anggota badan menjahit buku sebagai salah satu proses menjilid buku secara manual.
Pekerja Pertubuhan Pemulihan Kawasan Negeri Johor (JARO), Rahmat Arsat, Orang Kurang Upaya (OKU) anggota badan menjahit buku sebagai salah satu proses menjilid buku secara manual.

Mengenai JARO yang didaftarkan sebagai pusat pemulihan dan latihan bagi OKU pada 1970, Joseph berkata pertubuhan berkenaan turut menyediakan bengkel kemahiran kraftangan, jahitan dan anyaman rotan selain penjilidan buku.

Beliau menjelaskan penubuhan badan bukan kerajaan itu bertujuan untuk melatih dan membimbing warga OKU daripada pelbagai kumpulan usia supaya mempunyai kemahiran untuk membolehkan mereka berdikari seterusnya menceburi bidang pekerjaan di tempat lain.

"Terpulang kepada mereka untuk memilih mana-mana bengkel kerana JARO akan bantu mengasah kemahiran mereka," katanya menambah setiap hasil seni peserta JARO akan dijual di ruang pameran pertubuhan itu yang terletak berdekatan Yayasan Warisan Johor, di Jalan Sungai Chat, Sri Gelam di Johor Bahru. - Bernama

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara