web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas 83 Tahun Warga Emas Akhirnya Miliki Kad Pengenalan

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 4:13PM

Ketua JPN Datuk Ruslin Jusoh (tengah) bersama Wan Nab Ismail, 83, melihat kad pengenalan yang baharu diterima. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Selama 83 tahun hidup tanpa sebarang pengenalan diri, seorang warga emas, Wan Nab Ismail akhirnya sah sebagai warganegara apabila menerima sijil lahir dan kad pengenalan miliknya sendiri hari ini.

Dia tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sebelum ini tidak pernah didaftarkan oleh kedua-dua ibu bapanya kerana mengalami masalah mental berbanding abang dan kakaknya (telah meninggal dunia).

Wan Nab yang kini tinggal bersama anak saudaranya, Zaidah Ismail, 46, di Kampung Laut dekat Palekbang, di sini menerima kad pengenalan dan sijil lahir yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Badrul Hisham Alias dan Pengarah JPN Kelantan Asrehan Ab Razak.

Sementara itu, Ruslin berkata JPN Kelantan sebelum ini melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) telah turun padang bagi mengenal pasti identiti Wan Nab yang sebelum ini tular dalam laman sosial kerana hidup dalam keadaan daif.

Beliau berkata JPN telah menjalankan soal siasat serta mendapatkan laporan daripada pihak berkait termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengenal pasti latar belakang Wan Nab dalam urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan pejabat.

“Program MEKAR merupakan satu program yang bertujuan memberi perkhidmatan kepada golongan yang berisiko terutamanya warga emas, OKU, pesakit terlantar, pesakit mental, pesakit kronik dan mereka yang tiada upaya datang ke JPN.

“Wan Nab selepas ini akan mendapat segala kemudahan berdasarkan kelayakan sebagai warganegara terutamanya bantuan daripada JKM," katanya.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata pihaknya juga akan menyerahkan satu lagi sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada remaja berusia 16 tahun di Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, hari ini.

Katanya, remaja terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen kerana tidak didaftarkan oleh ibu bapa kerana berkahwin di negara jiran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara