web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tukang Kasut Tabah Urus 4 Anak Sendirian

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:00PM

Muhammad Khairul dengan tiga orang anaknya bersama Mas Imran membeli barang keperluan persekolahan serta harian di Econsave Taman Desa Cemerlang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah diibaratkan kisah bapa tunggal, Muhammad Khairul Nizam Mohd Tamyis, 24, yang tabah mengurus empat anaknya sambil bekerja sebagai tukang kasut di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya, di sini.

Mesra disapa Sad, katanya dia terpaksa membawa kesemua anaknya yang berusia satu hingga lapan tahun itu ke tempat bekerja kerana tidak mempunyai pilihan lain termasuk tidak mampu membayar yuran taska atau pusat jagaan kanak-kanak.

Menurutnya, bukan mudah menguruskan anak-anak sambil membaiki kasut di kaki lima, namun Sad memujuk dirinya supaya tetap cekal menggalas tanggungjawab itu.

“Pada mulanya agak kekok sedikit, namun lama-kelamaan sudah biasa malah saya tidak peduli dengan tanggapan buruk kebanyakan orang kerana saya mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup dan untuk menyara empat cahaya mata.

“Jika anak-anak lapar atau mahu minum susu, saya akan berhenti membaiki kasut sekejap dan pergi ke kedai makan berhampiran untuk membeli makanan dan membuat susu, kemudian saya menyambung semula kerja-kerja membaiki,” katanya yang berpisah dengan bekas isteri sejak Mac tahun lepas.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima bantuan daripada Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) di Taman Desa Cemerlang, di sini, hari ini.

Sad berkata dia kini tinggal bersama keluarga di Taman Puteri Wangsa di sini dengan ibunya bekerja menjual karipap berhampiran kawasan rumah, manakala bapanya juga bekerja sebagai tukang kasut di depan pasar raya di Taman Johor Jaya.

Menurutnya, dia memperoleh kira-kira RM80 hingga RM100 sehari namun ia tidak tetap kerana orang ramai lebih gemar membeli kasut baharu berbanding membaik pulih kasut yang rosak.

Katanya baru-baru ini pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyatakan mahu membantu termasuk memindahkan operasinya ke premis lebih selesa, namun dia terpaksa menolak tawaran itu kerana bimbang akan kehilangan pelanggan sekiranya berpindah.

Bagaimanapun, dia berharap MAIJ dapat mempertimbangkan permohonan bantuan sara hidup secara bulanan untuk menyara kesemua anaknya yang masih kecil.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata pihaknya menyumbang pelbagai barangan keperluan asas termasuk susu dan peralatan sekolah bernilai RM1,000, sekali gus berharap agar bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Muhammad Khairul Nizam menerusi talian 011-70071316 atau menyalurkan bantuan melalui akaun CIMB miliknya 7641916668.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan seorang tukang kasut gigih mengurus termasuk mendodoikan anak-anak kecilnya sambil membaiki kasut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara