web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Murid Jana Pendapatan Sendiri Jual Kereta Mainan

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir itu juga bijak memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok yang terbukti sebagai platform perniagaan yang efisien.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 10:00AM

Muhammad Khairie Danish Kamal Arifin, 12, melayani pelanggan menerusi panggilan telefon semasa menjual kereta mainan Hot Wheels ketika tinjauan di Kampung Batin, Seberang Takir - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Usia muda tidak menghalang Muhammad Khairie Danish Kamal Ariffin, 12, dari Kampung Baru Seberang Takir untuk menjana pendapatan sendiri melalui jualan kereta mainan Hot Wheels.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir itu juga bijak memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok yang terbukti sebagai platform perniagaan yang efisien.

Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual kereta mainan tersebut timbul selepas mendapati ramai peminat barangan itu di Terengganu.

"Sekarang ini dah timbul balik kereta Hot Wheels.... dah jadi fenomena. 

“Ramai orang cari kereta Hot Wheels untuk buat koleksi kerana bentuknya yang cantik dan hampir serupa dengan reka bentuk kereta asal yang diinspirasi," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir di sini hari ini.

Muhammad Khairie Danish berkata dia mula berniaga pada awal cuti persekolahan Februari lepas melalui rakaman video secara langsung di aplikasi TikTok menggunakan modal sendiri sebanyak RM100.

Usaha anak kedua daripada empat beradik itu mendapat galakan ibu bapanya dan setakat ini dia sudah mengumpul jualan sebanyak RM700.

"Harga kereta mainan yang saya jual antara RM10 hingga RM120. Setakat ini dah jual lebih 20 buah dan dapatlah RM700. Duit ini sebahagiannya saya nak guna untuk pusing modal dan sebahagian lagi nak beli barang kelengkapan sekolah.

“Harapnya dapatlah kurangkan sedikit beban mak ayah kerana saya ada tiga lagi adik beradik lain yang bersekolah… ayah pun kerja bawa teksi sahaja," katanya yang mendapatkan stok kereta mainan Hot Wheels daripada seorang pembekal dari Kuala Terengganu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara