web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Dedah 98 Peratus Nama Dalam Pemantauan FBI Terdiri Nama Orang Islam

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 3:46PM

Laporan bertajuk "Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI," memperincikan FBI menggunakan Pangkalan Data Saringan Keganasan, yang dikatakan menyasarkan umat Islam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Laporan oleh satu kumpulan Islam di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa majoriti nama dalam senarai pemantauan FBI, atau lebih daripada 98 peratus, terdiri daripada nama orang Islam.

Laporan bertajuk "Twenty Years Too Many, A Call to Stop the Secret Watchlist FBI," memperincikan FBI menggunakan Pangkalan Data Saringan Keganasan, yang dikatakan menyasarkan umat Islam.

Ia dikeluarkan oleh Council on American-Islamic Relations (CAIR) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Selepas diberikan senarai FBI versi 2019 oleh penggodam Switzerland yang menemukannya dalam talian berikutan penyiarannya secara tidak sengaja oleh syarikat penerbangan serantau, CAIR menjalankan analisis komprehensif terhadap lebih 1.5 juta nama yang tersenarai.

"Lebih 350,000 nama termasuk beberapa transliterasi Mohamed atau Ali atau Mahmoud dengan 50 nama yang paling kerap muncul membabitkan nama orang Islam.

"Daripada entri senarai pantau yang disemak, kami menganggarkan lebih 1.47 juta daripada nama itu melibatkan orang Islam -- lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan," menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut selama 20 tahun, senarai rahsia FBI telah menimbulkan kesukaran dan ketakutan kepada masyarakat Islam.

"Tetapi sejuta sasaran FBI seterusnya bukanlah orang Islam. Berikutan Perang Melawan Keganasan semakin berakhir, senarai rahsia FBI suatu hari nanti akan mencari sasaran baharu. Sasaran seterusnya ialah rakan senegara kita rakyat Amerika dan laporan ini merupakan amaran kepada mereka," menurut laporan itu.

Kumpulan Islam itu juga menggesa Presiden Joe Biden supaya mengambil tindakan untuk menangani senarai pantau itu.

Individu dalam senarai pemantauan berhadapan pelbagai cabaran, termasuk sekatan perjalanan, isu imigresen, berhadapan siasatan FBI, keganasan polis, kesukaran mendapatkan permit dan lesen, kesan profesional serta akses terhad ke bangunan kerajaan.

Dalam kejadian baru-baru ini yang melibatkan akses ke bangunan kerajaan, Datuk Bandar Mohamed Khairullah dari Prospect Park, New Jersey tidak diundang oleh Perkhidmatan Rahsia untuk menghadiri sambutan Aidilfitri di Rumah Putih.

Beliau tidak dijemput kerana namanya terdapat dalam senarai pantauan FBI. - Bernama/Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah