web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Komuniti Dunia Kutuk Serangan Israel, Taliban Mahu Bantu Palestin Berperang

Luar Negara Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 9:12AM

Tangkap layar sebuah video yang memaparkan seorang bapa cuba melindungi anaknya dari keganasan polis Israel - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Serangan terbaru rejim Zionis ke atas Palestin bukan sahaja menerima kecaman Malaysia yang sememangnya tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, tetapi juga oleh komuniti global lain.  

Lantang mengutuk kezaliman berkenaan, Kementerian Luar Qatar misalnya menggesa semua pihak memainkan peranan untuk menghalang Israel dari terus menindas penduduk Palestin. 

Jurucakap kementerian berkenaan berkata, Zionis harus bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan roket besar-besaran di Semenanjung Gaza.

“Kami menyifatkan Israel bertanggungjawab ke atas serangan berterusan dan pencabulan hak asasi penduduk Palestin, termasuk yang terkini ke atas Masjid Al Aqsa oleh polis Zionis.

“Komuniti antarabangsa perlu segera bertindak dan mengarahkan Israel menghentikan keganasan yang mencabuli perundangan antarabangsa. Israel perlu hormat kepada resolusi antarabangsa dan hak penduduk Palestin,” katanya.

Tegas jurucakap itu, Qatar berpegang teguh dengan pendirian untuk menyokong Palestin.

“Kami menyokong sepenuhnya usaha penduduk Palestin mendapatkan semula hak mereka dan menubuhkan kembali negara itu, dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Taliban memberitahu, pejabat Kementerian Luar mereka telah menghubungi rakan sejawat di Iran, Iraq dan Jordan bagi memohon kebenaran untuk melintasi sempadan ketiga-tiga negara.

Katanya, ia bagi membolehkan mereka menghantar pasukan membantu Hamas dan Briged Al Qassam memerangi tentera Israel.

Sementara itu, BERNAMA memetik agensi berita SPUTNIK sebagai melaporkan, lebih 160 rakyat Palestin terbunuh manakala 931 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

SPUTNIK yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu.

Tentera Israel mendakwa golongan radikal melancarkan lebih 2,000 roket, dan berpuluh-puluh pejuang Palestin menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel, lapor Sputnik.

Sejak itu tentera Israel telah melakukan "pembersihan" di  kawasan berpenduduk.

Dalam pada itu, sayap tentera kumpulan Palestin Hamas mengumumkan Operasi Banjir Al-Aqsa terhadap Israel. Hamas mendakwa telah menawan lebih 35 askar dan pendatang Israel. - Getaran, 8 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan