web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kematian Di Gaza Cecah 11,500 - Media Kerajaan

Luar Negara Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 1:11PM

Jumlah kematian melibatkan petugas perubatan kini mencecah 200 - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANDARAYA GAZA, 16 Nov (Bernama-Anadolu) -- Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita, menurut pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu.

"Jumlah kematian membabitkan kakitangan perubatan kini mencecah 200," agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat terbabit menerusi hantaran Telegram.

Sementara itu, 22 anggota pertahanan awam dan 51 wartawan turut terbunuh, manakala bilangan mangsa yang cedera telah mencecah 29,800 dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.

Sebanyak 95 bangunan kerajaan, 255 sekolah dan 74 masjid musnah manakala 162 mengalami kerosakan, termasuk tiga gereja, menurut kenyataan itu.

Tentera Israel turut mensasarkan 52 pusat kesihatan dan 55 ambulans, sementara 25 hospital tidak lagi berfungsi.

"Tentera Israel menyerang ramai pesakit dan mereka yang hilang tempat tinggal, serta beberapa kakitangan perubatan dan jururawat di dalam Kompleks Perubatan Al-Shifa, memaksa mereka menanggalkan pakaian dan menghina mereka," menurut kenyataan itu.

Tentera Israel menyerbu Kompleks Perubatan Al-Shifa pada Rabu setelah pusat perubatan itu dikepung selama beberapa hari.

Pejabat kerajaan menyalahkan 'Israel dan masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat, yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah perang terancang yang dilakukan oleh tentera penjajah terhadap hospital' dan menyeru 'pembukaan lintasan Rafah dan kemasukan bantuan dengan kadar segera'. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan