web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kita Hanya Menumpang Sementara Di Muka Bumi Ini, Jamal Abdillah Akui ‘Yang Memiliki’ Dekat Dengan Apa Yang Dilaluinya 

Jamal juga akui, kali pertama mendengar melodi dan lirik yang dihasilkan Khusham dan Zaira Sham ini, dia sudah jatuh cinta. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 10:00AM

Jamal Abdillah - Gambar ihsan Jamal Abdillah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah menganggap single terbaharunya, ‘Yang Memiliki’ mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian dan apa yang dinikmati pada hari ini juga bersifat sementara. 

Gambar ihsan Jamal Abdillah
Gambar ihsan Jamal Abdillah

“Kita sebagai manusia hanyalah hamba yang menumpang sementara di atas muka bumi ini. Segala kenikmatan yang kita miliki hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT. 

“Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita. 

“Kaya atau miskin itulah ujian buat kita. Segala kehebatan, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan segala yang baik-baik adalah daripada Allah, pemilik dan pencipta yang abadi. 

“Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita,” kata penyanyi legenda yang masih aktif dalam berkarya dan membuat persembahan ini.

Gambar ihsan Jamal Abdillah
Gambar ihsan Jamal Abdillah

Single baharu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu.

Menurut figuran hebat ini lagi,  dia sememangnya benar-benar jatuh cinta dengan melodi dan lirik yang dihasilkan Khusham dan Zaira Sham ini. 

“Lagu dan lirik ‘Yang Memiliki’ disiapkan demonya terlebih dahulu oleh penerbit dan pencipta lagu sebelum diperdengarkan kepada saya. Kali pertama mendengar, saya suka dan terus menyatakan persetujuan. 

“Selepas itu baru pihak penerbit bawa kepada pihak Universal Music Malaysia untuk proses seterusnya. Alhamdulillah, pihak Universal Music Malaysia berminat dan proses rakaman pun bermula,” ujar penyanyi yang banyak berkolaborasi  dengan  beberapa penyanyi muda dan popular masa kini. 

Dalam pada itu, penerbit lagu, Kusham berkata, proses rakaman suara untuk ‘Yang Memiliki’ telah berlangsung selama dua jam.

“Apabila muzik siap dirakam, proses merakam suara Dato’ Jamal pun dilakukan. Rakaman suara mengambil masa lebih kurang dua jam. Proses rakaman berlangsung di One Scream Studio.

“Selepas itu, proses adunan digalas saudara Raja Iskandar atau Is Wow. Bagi saya, ini satu lagi pengalaman berharga buat kami apabila dapat bekerjasama dengan legenda. Proses yang mudah dan sangat profesional,” kata Kusham.

Kusham juga berharap, lagu ‘Yang Memiliki’ bukan hanya sekadar lagu dan hiburan, tapi dapat memberikan manfaat buat semua pendengar.

Katanya, istimewanya lagu ini, yang muzik disusun dirinya dan alat muzik dimainkan secara langsung oleh pemuzik profesional.

Gambar ihsan Jamal Abdillah
Gambar ihsan Jamal Abdillah

“Semoga lagu ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi dapat mendidik jiwa pendengar ke arah kebaikan yang dicari,” tambahnya.

Single ‘Yang Memiliki’ boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. .  – Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Minggu Hadapan, Pilih Nama Lebih ‘Simple’ Tetapi Bermakna

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara