web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UPKK Ditangguh November - Idris Ahmad

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:00PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon 2020 dan 2021 yang dijadualkan dilaksanakan secara serentak awal bulan depan ditangguhkan kepada 15 hingga 18 November tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin, selain membolehkan pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya.

"Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

"Peperiksaan tersebut pada awalnya dijadualkan pada 4 sehingga 7 Oktober depan,” katanya hari ini.

Menurut Idris, kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat ketetapan untuk membenarkan hanya petugas peperiksaan yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing berada di pusat peperiksaan.

“Ini selaras dengan misi kerajaan membentuk imuniti kelompok, khusus bagi menjayakan usaha memerangi COVID-19,” katanya.

Idris berkata, JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19 di negara ini, khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

"JAKIM dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar," katanya. - Getaran, 7 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi