web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Bakul Makanan: Wujudkan Situasi ‘Menang-Menang’ Untuk Peniaga, Mahasiswa

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 7:00AM

Inisiatif ini adalah permulaan baik, namun ia patut diteliti agar boleh dinikmati mahasiswa kurang berkemampuan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengenal pasti kumpulan sasaran mahasiswa yang wajar menerima bantuan Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia, bagi memastikan program menawarkan menu berkualiti pada harga RM3.50 untuk setiap hidangan itu, disalurkan kepada individu benar-benar layak.

Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, inisiatif tersebut adalah permulaan baik, namun ia patut diteliti agar boleh dinikmati mahasiswa kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kerajaan juga pada masa sama, perlu mencari mekanisme atau langkah inklusif agar bantuan terbabit tidak menyebabkan pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus, ‘gulung tikar’.

“Tidak boleh semua (patut diberikan Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia) kerana ada mahasiswa di universiti yang mampu dari segi kewangan kerana datang dari keluarga berada. Kenal pasti kumpulan sasaran bantuan itu, mungkin jumlahnya 30 peratus atau kadar tertentu yang bergantung kepada universiti.

“Penetapan harga siling dalam sesuatu keadaan mungkin lama kelamaan menyebabkan peniaga pula tak mampu tanggung (kerugian) kalau terlalu rendah. Saya fikir kaedahnya boleh bagi baucar dan harga boleh ditetapkan sebaiknya.

“Ini wajar untuk menunjukkan sokongan kita juga kepada peniaga, namun pada peringkat awal, kita sesuaikan dan mulakan dahulu dengan harga siling RM3.50. Usaha ini adalah langkah yang baik dan tepat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia bakal diperkenalkan sebagai inisiatif tambahan yang menyaksikan ia menawarkan menu berkualiti pada harga siling RM3.50 setiap hidangan.

Selain program itu, jelasnya, kemudahan pengangkutan mahasiswa ‘keluar masuk’ kampus akan ditambah baik melalui jadual pergerakan lebih kerap, agar memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan harian mereka.

Menurut Noraini, KPT sentiasa komited dalam menjaga kebajikan mahasiswa di seluruh negara, selari aspirasi kerajaan yang prihatin membantu Keluarga Malaysia dalam saat mencabar ketika ini.

Dalam pada itu, Anuar berkata, kerajaan perlu mengkaji sekiranya Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia sesuai dilaksanakan di semua universiti dalam situasi kenaikan harga pelbagai barangan.

“Kena juga melihat kalau kawasan seperti Kelantan atau Terengganu, mungkin kos (harga siling) itu munasabah, namun kalau negeri yang dah memang dikenal pasti kos sara hidup tinggi serta makanan mahal, kena lihat semula keadaannya,” katanya.

Pada masa sama, selain melaksanakan moratorium bayaran sewa enam bulan mulai Julai kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di kampus, seperti diumumkan KPT, beliau mencadangkan agar kadar sewaan premis makanan dikurangkan.

Sekiranya cadangan itu dilaksanakan, Anuar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan, pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan mampu memperoleh margin keuntungan.

“Kita dimaklumkan ada universiti dah nak memulakan serta boleh menawarkan dengan harga RM3.50, jadi kalau mahasiswa nak harga tersebut, mereka kena beli makanan dalam kampus. Kalau mereka makan di luar tiada permintaan saya rasa, nanti pengusaha yang tidak akan dapat berniaga.

“Mulakan dahulu inisiatif tambahan ini agar dapat dilihat bagaimana ia boleh bertahan dan memastikan peniaga pun tak rugi, mahasiswa dapat makanan kualiti.

“Bagi saya pihak universiti memiliki orang mahir untuk menentukannya agar ia mampu membantu mahasiswa,” katanya.

Selain bantuan tambahan tersebut, Anuar berpandangan terdapat keperluan untuk KPT dengan kerjasama universiti, membuka peluang pekerjaan sementara kepada kumpulan sasaran yang memerlukan bantuan.

“Sebagai contoh, universiti boleh tawarkan pekerjaan ringan secara sementara dalam universiti kepada mahasiswa tidak berkemampuan.

“Kita juga di semua universiti memiliki pusat zakat yang memang mempunyai dana untuk membantu kumpulan sasaran.

“Bagi saya, banyak kaedah boleh digunakan universiti dan KPT dalam membantu golongan memerlukan, iaitu B40,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskusi Ilmiah Disekat, MPP UiTM Cadang Tarikh Baharu Syed Saddiq Temui Mahasiswa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang