web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kandungan Silibus, Kepentingan Pendidikan Islam Di IPT Semakin Berkurangan?

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 1:00PM

Mohd Azmi Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepentingan Pendidikan Islam harus dikekalkan di institusi pengajian tinggi (IPT) dan statusnya sebagai mata pelajaran ‘wajib’ dikembalikan, susulan ia kini seolah-olah semakin dipinggir.

Itu gesaan dibuat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selepas pihaknya mendakwa wujud pembaharuan yang dimasukkan ke mata pelajaran itu ketika ini sehingga ia sudah berubah.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) harus melaksanakannya secepat mungkin sebagai usaha ‘menyelamatkan’ masa depan Pendidikan Islam, terutama pemerhatian dilakukan turut mendapati kandungan silibusnya semakin dikurangkan sedikit demi sedikit.

“Tindakan terbabit meminggirkan tujuan asal ia (Pendidikan Islam) diwujudkan di IPT, sedangkan Pendidikan Moral (PM) untuk bukan Islam dijadikan sebagai mata pelajaran wajib sejak 1996.  

“Pendidikan Islam dengan komponen akidah, syariah dan akhlak yang ditawarkan kepada pelajar muslim, khasnya melalui Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), sudah melalui perubahan dalam tempoh singkat daripada kandungan 100 peratus (1996) dianggarkan menurun kepada 25 peratus (1998), menjadi 10-15 peratus (2003).

“Pada 2019 ia terus berkurang kepada sekitar lima peratus sahaja. Jika trend ini berterusan, Pendidikan Islam akan lenyap sama sekali sebagai silibus pengajian wajib di IPT,” katanya hari ini.  

Dalam pada itu, Mohd Azmi menegaskan, pengenalan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di IPT adalah komponen penting dalam proses pembangunan modal insan.

Beliau berkata, ia bersandarkan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, falsafah Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Malangnya, tujuan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan di IPT kini semakin dipinggirkan.

“Kekhuatiran (kami) adalah Pendidikan Islam sebagai komponen membentuk sahsiah muslim dalam kalangan pelajar IPT di negara ini, akhirnya lenyap.  

“Kami mengingatkan bahawa Pendidikan Islam tidak boleh dihentikan selepas pendidikan peringkat sekolah menengah, sebagai proses membentuk watak muslim kukuh dalam kalangan generasi muda.

“Ini berasaskan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, (iaitu) pendidikan untuk membina sahsiah pelajar adalah suatu proses berterusan, ia tidak boleh terhenti di peringkat sekolah sahaja,” katanya.  

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, IPT mampu melahirkan mahasiswa kukuh akidah, syariah dan akhlak sekiranya Pendidikan Islam dianggap serius dan keperluan wajib dimasukkan ke dalam silibus pembelajarannya.  

“Ia seperti termaktub dengan jelas dalam Seksyen 50 dan Seksyen 75, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),” katanya.  

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan meminggirkan silibus dan disiplin ilmu agama dalam Pendidikan Islam yang teratur, sistematik serta berwibawa di IPT akan menghilangkan integritinya.

Jelasnya, falsafah subjek Pendidikan Islam di IPT adalah sebagai kursus amat sentral dalam proses pembentukan muslim yang utuh.

“Justeru, kami menggesa Pendidikan Islam di IPT dikekal, diperkukuh silibus dan dikembalikan statusnya sebagai kursus pengajian wajib.

“Memperkenal pengajian hubungan antara kaum tidak harus menggantikan kedudukan dan kandungan silibus Pendidikan Islam yang asal.

“Malah, kami berpendirian bahawa langkah ‘mencairkan’ Pendidikan Islam dengan memasukkan silibus lain adalah bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996,” katanya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 10 bulan yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kisah Anak-Anak Tahfiz, Tertib Dan Tartil Dituntun Cahaya Ilahi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: KPT Salur RM2 Juta, Nasihat IPT Terkesan Anjalkan PdP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantu Mahasiswa, Penyedia Makanan Di IPTA Diberi Moratorium Sewa 6 Bulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'