web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Menteri Pendidikan Dengar Pandangan Mengenai Isu Pendidikan

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 12:52PM

Fadhlina Sidek menyembur air pada kanak-kanak pada Program Khatan Perdana KADUN Jawi 2022 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam proses mendengar dan mengambil pandangan daripada semua pihak berhubung beberapa isu bagi memastikan pendidikan negara menjadi lebih baik.

Beliau berkata berikutan Kementerian Pendidikan yang diterajuinya antara yang besar, adalah penting untuk mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak terlibat sebelum membuat sebarang pendirian berhubung pendidikan negara.

“Ada beberapa isu dalam pendidikan yang kita sedang lihat dan ketika ini proses saya mendengar serta mengambil pandangan dari semua pihak terutama konsultasi kerana ia sangat penting kepada saya sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan Kementerian Pendidikan.

“Konsultasi ini melibatkan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, pengarah-pengarah pendidikan, guru-guru, pemegang taruh, ibu bapa dan kanak-kanak sendiri.

“Saya akan mengambil semua pandangan serta kritikan diberikan oleh mereka secara serius,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu ditemui selepas hadir pada Program Khatan Perdana Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi. Program yang disertai 100 kanak-kanak itu dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Fadhlina berkata satu sidang media khas akan diadakan minggu depan bagi mengumumkan beberapa perkara terutama perkara berbangkit dan pendirian Kementerian Pendidikan berhubung isu pendidikan.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Lim Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjung sebagai Timbalan Menteri Pendidikan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

“Saya mengalu-alukan Ahli Parlimen Tanjung yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan saya percaya pelantikan ini antara langkah memastikan pendidikan negara menjadi lebih baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kualiti Pendidikan Negara Merosot - Mantan Menteri Sarawak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok