web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Kaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional Ditubuh Segera - Khaled

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 2:12PM

Mohamed Khaled Nordin menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Tinggi di kementeriannya hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional ditubuhkan segera bagi memastikan pelan serta dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpasak pada realiti semasa dan merangkumi kepentingan masa depan lestari, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini, Mohamad Khaled berkata jawatankuasa terbabit diberikan masa selama tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan.

“Beberapa pelarasan dasar harus dilaksanakan. Apatah lagi bila aspirasi nasional bukan sesuatu yang pegun. Ia menuntut perubahan dalam cara bekerja, berfikir dan bertindak.

“Jadi amat penting untuk dasar kita (KPT) juga berubah. Yang lapuk kita tinggalkan, yang baharu kita terokai dan jayakan. Yang silap kita perbaiki, yang salah kita hindari,” katanya.

Menyifatkan dapatan serta saranan daripada jawatankuasa terbabit sebagai sangat ktitikal kepada KPT, beliau berkata ia disebabkan landskap pendidikan nasional ketika ini semakin pelbagai sehingga memerlukan kekemasan kedudukan dan peranan semua pihak.

“Pendidikan tinggi hari ini jauh lebih kompleks, rumit dan mencabar. Kita memerlukan pelan dan strategi yang lebih sofistikated, lestari serta kontemporari yang akan menterjemahkan aspirasi nasional,” katanya sektor pendidikan tinggi tidak lagi terbatas kepada penyediaan graduan berkemahiran demi sebuah pasaran kerja.

Bagi merangka persediaan KPT dalam mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, beliau mencadangkan penyediaan Kertas Putih mengenai A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia.

Kertas Putih itu bertujuan menilai secara khusus dan mendalam kesan serta strategi KPT dalam menguruskan pelbagai gangguan teknologi masa kini dan masa depan terhadap pengajaran, pembelajaran serta tatakelola institusi pengajian tinggi, katanya.

“Azam saya adalah untuk melihat dan membuat persediaan bagaimana kita harus mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi yang sangat memberi kesan kepada rencana dan pelan pendidikan tinggi negara” katanya. 

Berteras kepada konsep Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata KPT perlu menjadi sebuah kementerian dan mempunyai sistem paling dipercayai dan beliau memohon kerjasama erat daripada warga KPT bagi memulih dan meningkat kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

“Defisit kepercayaan sudah menjadi suatu kenihilan yang lazim dalam pelbagai institusi dan sistem kerajaan, KPT tidak terkecuali. Semuanya menerima tempias kesusutan kepercayaan yang sedang membadai negara,” katanya dan berikrar akan merubah situasi berkenaan.

Terdapat enam tonggak konsep Malaysia Madani yang diperkenal pada 19 Januari lepas iaitu KeMampanan; KesejAhteraan; Daya cipta; HormAt; KeyakiNan dan Ihsan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

2

Semasa 4 bulan yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'