web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 42,000 Pelajar Bakal Terima Wang Pendahuluan Pinjaman - PTPTN

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 1:01PM

PTPTN menyediakan RM64.42 juta untuk pinjaman pelajar peringkat diploma - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Seramai 42,946 pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi Julai 2023 akan menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan persiapan awal pelajar.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan sebanyak RM64.42 juta disediakan bagi tujuan itu dan pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN. 

Pelajar boleh menunaikan WPP di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh negara mulai 18 Julai ini dengan membawa surat tawaran WPP serta MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan) dan tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 18 Julai hingga 18 September.

“WPP ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau portal kemasukan IPTA, ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Semenjak WPP diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Mei 2023, sebanyak 969,046 pelajar telah menerima manfaat ini dengan peruntukan berjumlah RM1.43 bilion,” menurut kenyataan itu.

PTPTN sentiasa berusaha membantu ibu bapa dan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA, sekali gus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke IPTA kerana masalah kewangan.

Pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian melalui portal rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA untuk memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sewajarnya, dan pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).  -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini