web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Politeknik Terima Akreditasi APACC  

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 9:04PM

Pengiktirafan APAC diberi berdasarkan kejayaan tujuh IPT berkenaan memenuhi semua kriteria ditetapkan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tujuh politeknik tempatan menerima pengiktirafan Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC), baru-baru ini.  

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail berkata, pengiktirafan atau akreditasi diterima tujuh institusi pengajian tinggi (IPT) itu diberi berdasarkan kejayaan mereka memenuhi tujuh kriteria. 

Menurut beliau, dua politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) turut dipilih menerima Anugerah Platinum. 

“Ia adalah anugerah tertinggi buat politeknik dan hanya tiga institusi di Malaysia termasuk PPD dan PUO yang berjaya berada di tahap ini.  

“Turut menerima anugerah ialah lima politeknik lain yang memperoleh Anugerah Emas,” katanya. 

Jelas Mohd Zahari, pencapaian akreditasi APACC itu membuktikan sistem pendidikan politeknik berupaya mencapai standard ditetapkan di peringkat antarabangsa. 

“Ia menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan program pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang,” katanya. 

Beliau memberitahu, akreditasi APACC berupaya memudahkan mobiliti graduan politeknik ke rantau Asean. 

Akreditasi itu juga katanya, dapat mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajar di institusi TVET rantau Asia Pasifik. 

“Ia turut memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik,” katanya. 

Selain PUO dan PPD, lima politeknik lain ialah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Politeknik Kuching Sarawak (PKS). - Getaran, 28 Julai 2023 

 
 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

USM Universiti Awam Pertama Di Malaysia Sediakan Kemudahan Ujian TOEFL iBT

2

Semasa 3 tahun yang lalu

14 Pendaki Sesat Di Gua Kelam Tiga, Perlis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang