web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


USM Universiti Awam Pertama Di Malaysia Sediakan Kemudahan Ujian TOEFL iBT

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 8:47AM

USM telah menerima akreditasi untuk mentadbir Ujian TOEFL iBT daripada Perkhidmatan Ujian Pendidikan (ETS) di Amerika Syarikat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menyediakan kemudahan Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing Berasaskan Internet (TOEFL iBT) untuk mana-mana calon berdaftar di seluruh dunia susulan pelancaran Pusat Ujian Berasaskan Komputernya atau dikenali sebagai Pusat CBT@USM.

Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata Pusat CBT@USM, dengan kerjasama USAINS Holding Sdn Bhd, telah menerima akreditasi untuk mentadbir Ujian TOEFL iBT daripada Perkhidmatan Ujian Pendidikan (ETS) di Amerika Syarikat.

"Kami yakin pusat ini mampu menyediakan persekitaran ujian kelas terbaik untuk calon terutama mereka yang berasal dari bahagian utara Malaysia.

"Akreditasi daripada ETS ini membuktikan bahawa makmal komputer USM mahupun kakitangannya memiliki standard dan pematuhan yang bertaraf global," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pusat itu di sini hari ini. 

Beliau juga yakin pencapaian itu akan terus membantu usaha USM untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka di universiti tersebut yang kini mempunyai lebih 6,000 pelajar dari luar negara.

Ketua Projek Pusat CBT@USM Profesor Madya Dr Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail pula berkata pencapaian ini hanyalah langkah pertama bagi pusat itu kerana ia sudah mempunyai rancangan untuk mengendalikan produk ujian bertaraf dunia ETS seperti Ujian Bahasa Inggeris Bagi Komunikasi Antarabangsa (TOEIC), TOEIC Bridge, TOEFL - Program Ujian Institusi (ITP), TOEFL Junior and TOEFL Primary.

"Para profesional, pengurus dan pekerja peringkat permulaan daripada syarikat multinasional boleh mendapat manfaat dengan menduduki ujian TOEIC kerana ia akan memberi nilai tambah kepada resume mereka dan mempertingkat kemahiran bahasa seiring dengan keperluan industri.

"Ujian ini sudah diambil oleh para profesional di Jepun, Korea Selatan dan Filipina namun ia masih di peringkat awal di Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid

2

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Warga Emas Panik, Punca 5 Cedera

3

Semasa 11 bulan yang lalu

USM Muncul Johan Debat Statistik Antara IPT Anjuran DOSM

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

7 Politeknik Terima Akreditasi APACC  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang