web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


USM Muncul Johan Debat Statistik Antara IPT Anjuran DOSM

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2023 7:00PM

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (tengah) bergambar bersama pemenang Pertandingan Debat Statistik Antara Institusi Pengajian Tinggi di Perpustakaan Pebadanan Awam Selangor (PPAS) Sungai Besar hari ini.gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BESAR - Pasukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dinobat johan Pertandingan Akhir Debat Statistik Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Siri ke-2 selepas menewaskan pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pertandingan anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Sabak Bernam itu diadakan bersempena Hari Statistik Negara 2023 yang disambut pada setiap 20 Oktober.

Tema pertandingan kali ini adalah berkaitan ‘Pasaran Buruh’ dan pertandingan itu disertai 14 pasukan daripada 14 IPT.

Pusingan awal pertandingan berlangsung di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak pada 6 hingga 8 Oktober lalu. 

Program itu diadakan bagi menggalakkan pemikiran kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa mengenai isu berkaitan pasaran buruh melalui penyampaian hujah secara rasional serta penganalisian data dan fakta, sekali gus meningkatkan penggunaan statistik yang dikeluarkan oleh DOSM.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, debat statistik yang dianjurkan pada kali ini dilihat berjaya menampilkan keupayaan peserta berdebat menggunakan fakta dan data dengan lebih baik berbanding pertandingan sebelum ini. 

“Kita mahu bila mereka (peserta) memberikan hujahan itu dengan kebolehan menghubungkaitkan data, bukan hanya dari aspek tenaga buruh tetapi juga data berkenaan pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan sebagainya. 

“Jadi kita mahu mereka melihat konteks perdebatan itu dengan lebih luas, pada masa hadapan saya rasa mereka ada ruang untuk memperbaiki perdebatan,” katanya kepada pemberita pada pertandingan itu.

Mengenai minat masyarakat tempatan berkaitan penggunaan data, katanya, sehingga kini portal OpenDOSM yang dilancarkan DOSM sejak pada 12 Januari lalu telah mencapai sejuta tontonan.

“OpenDOSM ini dibuka untuk pengguna biasa dan pihak yang terlibat dengan penyelidikan. Kita mendapat banyak maklum balas termasuk daripada golongan usahawan yang menyatakan perkhidmatan itu telah membantu perniagaan mereka,” katanya. 

Mohd Uzir berkata, untuk masa hadapan, DOSM sedang meneliti beberapa teknologi bersesuaian untuk membuat kutipan data berkaitan topografi bagi memperoleh maklumat termasuk berkaitan jenis tanaman dan pertanian di negara ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah