web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAIWP Agihkan RM3.99 Juta Bagi Bantuan Sewa Kediaman Pelajar Universiti

Pendidikan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 8:47PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (tengah) bersama wakil universiti pada majlis penyampaian Bantuan Sewa Kediaman Kepada Mahasiswa Universiti Awam di Wilayah Persekutuan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyerahkan Bantuan Sewa Kediaman Mahasiswa berjumlah RM3.99 juta bagi meringankan beban 3,327 mahasiswa yang terdiri daripada golongan asnaf.

Bantuan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada wakil-wakil universiti terbabit dalam satu majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, RM480,000 adalah bagi membantu 400 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), RM840,000 untuk 700 pelajar Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), RM1.2 juta untuk 1,000 pelajar Universiti Malaya Kuala Lumpur (UMKL) dan RM1.47 juta bagi 1,227 pelajar Universiti Kebanysaan Malaysia Kuala Lumpur (UKMKL).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Na'im berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban mahasiswa untuk pembayaran sewa kediaman ketika melanjutkan pelajaran tinggi dan bagi memastikan pelajar-pelajar terlibat dapat memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.

"Jadi sekarang, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang agar (apabila) mereka keluar dari universiti dan mendapat pekerjaan yang baik, dengan itu boleh membawa keluar keluarganya daripada kepompong kemiskinan dan Insya-Allah mereka pula menjadi sebahagian pembayar zakat, itulah harapan MAIWP," katanya.

Sementara itu, Mohd Na'im juga berkata, melalui Yayasan Taqwa, MAIWP turut menyalurkan Bantuan Mesin Penapis Air kepada 12 Kolej Kediaman UKM, dengan jumlah sumbangan bernilai RM50,000.

Beliau juga meminta pengurusan tertinggi MAIWP supaya sentiasa pro-aktif membantu golongan asnaf serta membangunkan komuniti asnaf dengan program-program pendidikan serta latihan keusahawanan agar mereka boleh bangkit dalam kehidupan.

'Alhamdulillah berdasarkan rekod kita, di Wilayah Persekutuan sejak 1 Januari hingga 30 September tahun ini, RM634 juta dana zakat telah diagihkan kepada asnaf melalui pelbagai skim bantuan. Zakat ini diagihkan kepada asnaf dengan penuh perancangan rapi dan pelbagai inisiatif," katanya.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya; Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Ahmad Talmizi Yahaya dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 10 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tokong Cina Mohon Lebih Masa Fail Pembelaan Saman Pengusiran MAIWP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MAIWP Nafi Terbabit Dalam Isu Jemaah Haji Yang Terkandas Di KLIA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 44 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 49 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang