web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 4:06PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan sumbangan kepada gelandangan pada Program Jejak Gelandangan dengan Kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan di sekitar Chow Kit, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan kepada golongan miskin tegar perlu diselaraskan bagi memastikan agihan dibuat lebih sistematik, teratur dan berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, bagi tujuan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memudahkan permohonan golongan berkenaan, selain mengelakkan kes pertindihan (bantuan).

“Dalam konteks ini, kita boleh mempertimbangkan supaya DBKL dan JKM bertindak sebagai agensi utama sementara MAIWP sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi sokongan,” katanya kepada pemberita semasa menjalankan Program Jejak Gelandangan di Lorong Haji Taib di sini, malam tadi.

Mohd Na’im berkata, dengan adanya kerjasama antara MAIWP bersama JKM dan DBKL, beliau percaya lebih banyak rumah transit dapat dibina dan lebih banyak golongan gelandangan boleh diselamatkan.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata, Program Jejak Gelandangan dijalankan bersama sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan khususnya untuk menyantuni gelandangan dan bekas gelandangan, selain satu pendekatan MAIWP sebagai agensi yang menerima zakat.

“Program ini secara khusus berobjektifkan untuk menimbulkan keinsafan apabila bertemu dengan mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya yang meluangkan masa menyantuni rakan jalanan di sekitar ibu negara termasuk di Lorong Haji Taib 2, Medan Tuanku, Segi College, Bangkok Bank, Masjid Jamek dan Masjid Negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sumbangan Ramadan Di KL Hanya Boleh Disalur Di 3 Lokasi - Dr Zaliha

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Cadangan Lantik Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Khas Tidak Berasas - Mohd Na'im

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jawatankuasa Khas Kaji Kompetensi DUN Gubal Undang-Undang Islam Ditubuhkan

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 13 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Sukan 2 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC