web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tokong Cina Mohon Lebih Masa Fail Pembelaan Saman Pengusiran MAIWP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 7:27AM

Kuil Na Tok Kong. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah tokong Cina yang terbabit dalam saman pengusiran oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memohon pelanjutan tempoh untuk memfailkan pembelaan.

Sebagai defendan dalam saman pengusiran itu, pengurusan Kuil Taman Sri Kuching Na Tok Kong mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan secara tepat mengenai prosiding undang-undang berhubung perkara terbabit.

Pada 9 Januari lalu, MAIWP memfailkan perintah pengusiran di bawah Perintah 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan menamakan kuil, Datuk Asai Worshippers Association dan Persatuan Kebajikan Taman Sri Kuching sebagai defendan.

Susulan afidavit dibentangkan Law Teck Hwa mewakili Datuk Asai Worshippers Association dan Persatuan Kebajikan Taman Sri Kuching, defendan mendakwa mereka tidak mengetahui tuntutan itu, sehingga menerima surat daripada peguam MAIWP pada 23 Februari berhubung perbicaraan dalam talian yang dijadualkan pada 10 Mac.

Malah, Teck Hwa mendakwa persatuan itu tidak dibentangkan dengan dokumen yang sudah difailkan di mahkamah.

“Dokumen mahkamah tidak pernah berada dalam simpanan kedua-dua defendan.

“Memandangkan Kuil Na Tok Kong adalah tempat ibadat dikunjungi pelbagai orang secara berterusan, kedua-dua defendan tidak dapat mengesahkan sama ada dokumen mahkamah sudah diserahkan kepada sesiapa,” kata afidavit itu.

Turut dimaklumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa (AJK) daripada kedua-dua persatuan itu adalah warga emas yang tidak boleh membaca bahasa Melayu atau Inggeris.

Kegagalan untuk membaca itu, katanya, menyebabkan kedua-dua defendan tidak memahami sepenuhnya bahawa surat diterima pada 23 Februari lalu berkenaan, sangat penting, menyebabkan defendan menangguhkan respons mereka terhadap tuntutan mahkamah.

“Kedua-dua defendan hanya mampu mendapatkan dokumen mahkamah selepas melantik peguam dan mencari fail dalam talian.

“Oleh itu, kedua-dua defendan memerlukan lanjutan masa untuk memfailkan afidavit balas,” kata Teck Hwa.

Pada 26 Mac lalu, The Vibes melaporkan MAIWP cuba ‘mengusir’ Kuil Na Tok Kong dengan mendakwa tanah tempat kuil itu dibina adalah milik MAIWP.

https://www.thevibes.com/articles/news/88887/ft-islamic-council-seeks-to-evict-taman-sri-kuching-buddhist-temple

MAWIP mendakwa, syarat berkaitan tanah itu memerlukan ia hanya digunakan untuk surau atau aktiviti lain berkaitan akidah Islam.

Setakat ini, berdasarkan dokumen dikemukakan kepada mahkamah, MAIWP sememangnya dinamakan sebagai pemilik premis mengikut dokumen pemilikan tanah. - The Vibes, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 10 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Pendidikan 10 bulan yang lalu

MAIWP Agihkan RM3.99 Juta Bagi Bantuan Sewa Kediaman Pelajar Universiti

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang