web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 5:12PM

Fadhlina Sidek - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Sebarang jemputan untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan di sekolah melibatkan orang kenamaan termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO), mesti mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian tiada halangan untuk sesiapa sahaja menghadiri program di institusi berkenaan, namun perlu mematuhi garis panduan tersebut selain mendapat pengesahan dan kebenaran daripada KPM.

"Saya tegaskan kembali, apa sahaja jemputan untuk pergi ke program sekolah, perlu patuhi garis panduan...jadi ada prosesnya, kena ikut la proses tersebut...KPM tiada halangan, kena semak sama ada garis panduan itu dipatuhi atau tidak. Kalau ia dipatuhi, kita tak ada masalah.

"Kita memang tegaskan berulang kali, iaitu mesti ada kebenaran, mesti ada permohonan selain pihak yang nak jemput itu mesti mematuhi garis panduan itu," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan pembukaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sagga di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, yang mendakwa dihalang untuk hadir dan merasmikan program melibatkan pelajar di sekolah.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata semua pihak perlu memahami bahawa apabila membabitkan sekolah, perkara yang paling diberikan keutamaan ialah aspek keselamatan pelajar.

Terdahulu, dalam lawatan berkenaan Fadhlina turut meninjau pengoperasian sekolah berkenaan termasuk pembukaan blok bangunan baharu yang sudah mula digunakan awal bulan ini, yang mana ia sebelum ini tertangguh selama 10 tahun.

Justeru beliau berkata KPM tidak berkompromi kepada isu pembangunan sekolah yang mengalami kelewatan atau tertangguh, selain memastikan isu ketirisan membabitkan perkara itu ditangani segera, sekali gus menjamin akses pendidikan kepada semua murid.

Fadhlina berkata ini kerana, walaupun penangguhan pembangunan sekolah hanya berlaku kepada satu-satu sekolah sahaja, namun ia akan memberi impak yang sangat besar sehingga menyebabkan anak-anak tidak mendapat akses pendidikan yang selayaknya.

"Anak-anak tidak wajar dipinggirkan dalam apa jua keadaan dalam akses pendidikan...isu akses pendidikan ini juga kita tegaskan berulang kali dan perkara berkaitan pembangunan sekolah memang menjadi tumpuan utama KPM untuk diselesaikan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peratusan enrolmen sekolah pada tahun ini meningkat pesat dengan sekolah rendah mencapai 98 hingga 99 peratus, manakala menengah 95 peratus selain KPM sedang membuat peluasan di semua sekolah kerajaan khususnya prasekolah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Video 'Kafir' Sudah Diseleweng, Diambil Luar Dari Konteks Sebenar - Fadhlina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki