web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DAP Kemuka 8 Calon Untuk PRN Melaka, Anak Guan Eng Tidak Bertanding

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 6:48PM

Guan Eng berkata DAP akan memberi peluang kepada dua calon muka baharu pada PRN Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus anak kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menjadi calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disahkan sebagai tidak benar.

Kepastian mengenai perkara itu diumumkan hari ini, menerusi penampilan lapan calon yang akan bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi satu sidang media secara maya berkata, DAP akan memberi peluang kepada dua calon muka baharu pada pilihan raya itu yang akan berlangsung, 20 November nanti.

“Dua calon baharu itu adalah Muhamad Danish Zainudin yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dan Leng Chau Yen di DUN Bandar Hilir

“Enam lagi ialah G Saminathan (DUN Gadek), Kerk Chee Yee (DUN Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (DUN Kesidang), Damian Yeo Shen Li (DUN Duyong), Tey Kok Kiew (DUN Bemban), dan Low Chee Leong (DUN Kota Laksamana),” katanya.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) pada 29 Oktober lalu memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandingi gabungan itu pada PRN Melaka, dengan DAP kekal bertanding lapan kerusi.

AMANAH serta PKR pula masing-masing ditempatkan di sembilan dan 11 kerusi. - Getaran, 5 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi