web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Walau BN Menang Bergaya PRN Melaka, GERAKAN ‘Setia’ Bersama PN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 12:19PM

Dominic Lau - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - GERAKAN kekal dengan pendirian untuk tidak sama sekali kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) walaupun pakatan politik itu menang dengan bergaya menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ahad lalu.

Presidennya, Datuk Dominic Lau berkata, partinya memilih untuk keluar daripada BN pada tiga tahun lalu susulan gagal melihat peranan yang boleh dimainkan GERAKAN dalam BN.

Menurut beliau, walaupun GERAKAN pulang dengan tangan kosong sementara BN berjaya mencipta kemenangan di Melaka, orang ramai akan dapat melihat prinsip partinya dalam memperjuangkan integriti suatu hari nanti.

“Menerusi Perikatan Nasional (PN), manifesto dan hala tuju gabungan berkenaan adalah dibuat berdasarkan perbincangan semua parti komponen.

“Sekurang-kurangnya suara GERAKAN telah didengar, tetapi kami gagal menyampaikan mesej kami kepada pengundi dalam masa yang terlalu singkat ketika menyertai PRN Melaka,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Dominic menegaskan, antara cabaran partinya dan PN adalah sesetengah pengundi tidak dapat membezakan antara BN dan PN.

“Justeru, GERAKAN akan melakukan mesyuarat post mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang ada,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, kejayaan BN menang di Melaka dan keupayaan MCA untuk ‘memecah telur’ membuktikan model kemajmukan BN sesuai dengan kepentingan negara dan rakyat.

Beliau menjelaskan, kejayaan MCA di dua kerusi memberi motivasi kepada parti untuk mendepani siri pertarungan akan datang.

“PRN Melaka turut menyaksikan perubahan mentaliti UMNO yang bertukar daripada mengutamakan perpaduan besar Melayu sejak Pilihan Raya Umum 2018 kepada model kemajmukan.

“UMNO juga dilihat menyedari kepentingan untuk merangkumi Cina, India dan Borneo,” katanya.

Sin Woon bagaimanapun juga mengakui hakikat bahawa MCA tidak setanding DAP dalam kawasan majoriti Cina.

“Walau bagaimanapun, DAP juga berdepan kemelut sendiri kerana mereka hanya boleh menang di kawasan tumpuan kaum Cina,” katanya. - Getaran, 23 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki