web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPR Keluarkan 17,885 Kertas Undi Pos PRN Sarawak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Dec 2021 1:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17,885 kertas undi pos dikeluarkan kepada yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 34, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi PRU DUN Sarawak Ke-12.

Menurut beliau, pengeluaran kertas undi pos pada 8 hingga 10 Disember lalu telah dijalankan oleh Petugas Pilihan Raya di kesemua 82 kawasan DUN di negeri tersebut.

“Kesemua 17,885 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) dan 365 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara).

“Manakala 679 adalah kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya menerusi hari ini.

Dalam pada itu Ikmalrudin berkata, proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2).

“Mereka perlu segera mengembalikan borang kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 18 Disember 2021 (Sabtu).

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi dan menularkannya di laman media sosial,” tegasnya. - Getaran, 11 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 3 bulan yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

3

Politik 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi