web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Beri Petunjuk ‘Bergerak Solo’, Sasar 42 Kerusi di PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 1:06PM

Datuk Seri Mohamad Hasan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO bakal bertanding solo tanpa penyertaan BERSATU dan PAS, dengan meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (Johor) yang diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jumlah itu belum lagi muktamad memandangkan ada DUN yang akan ditandingi oleh  parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Beliau berkata, parti itu masih di peringkat perbincangan antara rakan komponen dan akan memutuskan jumlah kerusi masing-masing dalam masa terdekat.

“Kita sasar minimum 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad mengakui UMNO bakal berdepan cabaran getir dalam PRN terutama selepas pertambahan hampir 30 peratus pengundi baharu tahun ini.

Beliau juga mengakui parti itu sukar meramalkan apa yang bakal berlaku dalam PRN Johor, khususnya sentimen pengundi baharu susulan pelaksanaan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas.

“Untuk Johor, jumlah pengundi bertambah kepada lebih 700,000. Ini bermakna semua pihak perlu bekerja keras,” termasuk UMNO.

“Persediaan kita dalam menghadapi PRN Johor masih belum selesai lagi, namun tentunya kita perlu bersiap siaga, khususnya dengan fokus baharu membabitkan pertambahan jumlah pengundi. PRN ini bukan mudah bagi UMNO. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran berkenaan dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH  masing-masing tujuh dan enam kerusi. - Getaran, 24 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang