web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Liew Chin Tong Ketua Pembangkang Baharu DUN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 4:11PM

Liew Chin Tong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Johor akan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Jurucakap PH Johor memaklumkan, keputusan tersebut telah dipersetujui secara bersama menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan PH Johor Jumaat lalu.

Susulan persetujuan, barisan pembangkang akan menghantar surat pemakluman kepada Pejabat Jurutulis Negeri hari ini.

“Chin Tong akan menggembleng komitmen semua wakil rakyat blok pembangkang.

“Perubahan ini dilakukan untuk memainkan peranan secara konstruktif dalam dewan demi kebaikan Negeri Johor,” katanya, hari ini.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Dalam pada itu, blok pembangkang di negeri terbabit berharap agar reformasi DUN Johor seperti yang dirintis kerajaan PH sebelum ini dapat diteruskan.

“Antaranya mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang, mewujudkan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan dan melantik wakil rakyat pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negeri.

“Pada masa sama, pemberian peruntukan perlulah dibuat sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang,” katanya. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Sekolah Pertama Tumpu Pendidikan Anak Autistik Bakal Dibina Di Mukim Pulai

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 2 bulan yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia