web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kit Siang Jangan Melampau, Biadab Cuba Sabotaj Negara

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 11:25AM

Lim Kit Siang - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang melihat Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal seperti Sri Lanka, hanya bersifat anarkis dan tindakan sabotaj kepada ekonomi negara.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan itu adalah biadab, tidak bertanggungjawab dan memberi gambaran tidak benar mengenai keadaan negara kepada rakyat serta pelabur luar.

“Kit Siang perlu memadamkan hantaran media sosialnya yang bertanya, “Apakah rumah Perdana Menteri dan Menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka”.

“Saya berharap sebagai wakil rakyat veteran, Kit Siang memadamkan hantaran tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media kepada Getaran, hari ini. 

Kit Siang menerusi akaun Twitter @limkitsiang memuatnaik ciapan berbunyi 'Can Malaysia learn from the lessons of Sri Lanka?'

Sementara dalam blognya, Kit Siang menulia 'Adakah mungkin rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas?'.

https://blog.limkitsiang.com/2022/05/19/will-the-houses-of-the-prime-minister-and-ministers-of-malaysia-be-set-on-fire-by-angry-protesters-as-happened-in-sri-lanka-last-week/

Persoalan itu dibangkitkan Kit Siang, berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia dan jangkaan terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) ketika ini. 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga menyatakan kebimbangannya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal, seperti yang berlaku kepada Sri Lanka.

Katanya, protes terhadap kerajaan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi ia adalah sesuatu yang tidak mustahil. 

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Nazir Hussin Akhtar Hussin

Dalam pada itu, Nazir Hussin berkata, setelah berpuluh tahun menjadi seorang Ahli Parlimen, Kit Siang seharusnya sedar ekonomi Malaysia hari ini tidak sama langsung dengan keadaan di Sri Lanka.

Apa yang membimbangkan, tegasnya, kenyataan Kit Siang bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, tetapi juga pelabur asing yang tidak berada di negara ini.

“Sri Lanka berhadapan krisis inflasi mendadak sehingga rakyat tiada wang untuk membeli barang keperluan asas.

“Di Sri Lanka juga harga barangan keperluan asas mula meningkat pada akhir 2021, dan kini orang ramai membayar sehingga 30 peratus lebih berbanding setahun lalu.

“Ramai terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus dan ubat juga tidak mencukupi,” katanya. 

Lantaran itu, beliau dengan sinis mempersoalkan Kit Siang sekiranya semua yang berlaku di Sri Lanka mencerminkan keadaan Malaysia hari ini?

“Tidak sama sekali. Majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan atas meja setiap hari, stesen minyak kita masih berjalan seperti biasa, jalan raya masih sesak, bekalan elektrik kekal stabil dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus berjalan dengan meriah.

“Benar, negara ini berhadapan inflasi, yang turut dihadapi oleh hampir semua negara di dunia. Namun, sistem pentadbiran kita tetap utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Malah, Nazir Hussin berkata, keperluan majoriti rakyat tidak pernah terancam 

"Jika kita kekurangan bekalan makanan tertentu, ia bukan kerana rakyat tidak mampu membeli. 

"Namun, ia adalah kerana negara yang mengeksport mengambil tindakan mengurangkan eksport akibat krisis dalam negara mereka,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global