web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Zuraida Gemar Tukar Wadah Politik Tak Menghairankan Saya - Faiz

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00PM

Dr Faiz Na’aman - Gambar dari Facebook Faiz Na’aman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang ‘melompat’ ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) membuktikan wujudnya agenda tersembunyi beliau bagi menjatuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).  

Lantaran itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Faiz Na’aman menyifatkan dakwaan pemimpin PBM bahawa partinya tidak ikhlas menerima Zuraidah hanya disebabkan enggan menerima keahlian anggota Penggerak Komuniti Negara (PKN) adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, pihaknya menghormati tindakan Zuraidah menyertai PBM selagi Akta Lompat Parti belum dikuatkuasakan, namun tuduhan dari pemimpin parti itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab.  

“Tidak jujur? Mari kita nilai siapa tidak jujur di sini. Makcik (Zuraidah) itu lahir dan bersekolah di Singapura. Maknanya asas pendidikan dan pembentukan mentalitinya berdasarkan acuan sosio-budaya negara jiran tersebut. Rukun Negara tidak diajar di republik itu.

“Sewajarnya beliau mengasaskan Parti Bangsa Singapura. Tetapi kenapa cari makan dalam politik negara ini? Adakah kerana di negara itu keturunan Melayu-Islam sukar untuk naik dalam politik hingga jadi menteri,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, Ketua Wanita PBM Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail menegaskan tindakan mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi keluar parti dan melepaskan jawatan kabinet, disebabkan BERSATU enggan menerima keahlian anggota PKN.  

Beliau menerusi kenyataan media menjelaskan, pemimpin BERSATU tidak ikhlas menerima PKN untuk menyertai parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.  

Secara peribadi, Sharifah Hazlina melihat kesungguhan Zuraidah mengangkat Agenda Pemerkasaan Wanita akan lebih fokus di bawah platform yang mampu membawa aspirasi jelas.

Katanya, keputusan diambil itu mampu mengubah landskap kesedaran sosial dan intelektual wanita Malaysia dalam semua aspek kehidupan.  

Dr Faiz menegaskan, tidak pelik sekiranya mantan pemimpin PKR itu memperjuangkan semangat ultra feminisme (sebahagian dari sentimen WOKE di Barat) sejak beliau menyertai politik negara.  

Bagaimanapun, beliau berkata, apa menghairankan ada dalam kalangan rakyat begitu taksub dengan perjuangan dan perwatakannya yang dilihat mampu memberi ancaman kepada masa depan generasi akan datang.  

“Maka tidak hairanlah beliau kerap tukar wadah politik kerana kewarganegaraan pun beliau boleh tukar sesuka hati.

“Ini bahaya untuk masa hadapan negara kita jika mudah beralih arah dan gadai sesuatu, terutama apabila dapat kuasa serta ada peluang,” katanya.  

Dalam pada itu, Dr Faiz mendedahkan Zuraidah seolah-olah memberi bayangan membenci BERSATU sehingga mempertikaikan warna digunakan partinya ketika berkempen bersama pemimpin terbabit sewaktu menjadi pembangkang.  

“Pernah sewaktu kami sama-sama jadi pembangkang dahulu berkempen di utara Semenanjung, dia mewakili parti lama dia (PKR) tegur pihak saya ‘kenapa korang (anda semua) pilih warna merah hah? Kitorang (kami) alergik merah-merah ni’. Mungkin dia sudah lupa peristiwa itu.

“Saya tak pasti sama ada beliau alergik dengan warna merah atau sebenarnya alergik dengan parti berasaskan Pribumi dan semangat kebangsaan negara ini.

“Pernah juga setelah beliau lompat ke parti saya, ketika pertama kali mesyuarat kepimpinan tertinggi duduk sebelah saya beliau tanya ‘eh, kenapa ramai lelaki ni? Tak seimbanglah’.

“Mungkin parti lama atau parti baharu beliau ada kuota sama rata untuk jantina. Bagaimana pula jika ada transgender nanti,” katanya.  

Justeru, beliau berkata, perkara tersebut membuktikan Zuraidah tidak jujur dari awal penyertaannya bersama BERSATU kerana hanya mengambil kesempatan mahu kekal menjadi Menteri menerusi kuota partinya.  

Ironiknya, jelasnya, warna ungu parti PBM sejak mula mengisytiharkan niat perjuangannya adalah mahu menyokong pihak dimusuhi parti awalnya dahulu.  

“Mungkin alergik terhadap warna merah itu boleh tiba-tiba hilang agaknya untuk kelangsungan jawatan kabinetnya,” katanya.  

Sebelum ini, Zuraidah berhasrat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas mengumumkan keluar daripada BERSATU untuk menyertai PBM.  

Bagaimanapun, beliau mengatakan akan kekal menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selari dengan pendirian PBM.

Zuraida dalam kenyataan medianya sebelum ini mengumumkan akan berbincang dengan Ismail Sabri berhubung hasratnya meletak jawatan Kabinet susulan keputusannya keluar melompat parti.  

Ketika ini, PBM bukan parti gabungan dalam kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun beberapa Ahli Parlimen dalam PBM sebelum ini menyatakan sokongannya kepada kerajaan sedia ada. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang