web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MCA Tidak Akan Jadi ‘Ekstrem’ Seperti DAP - Wee Ka Siong

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 6:09PM

Ka Siong berkata, MCA sedar politik kotor yang dimainkan DAP selama ini tidak membawa manfaat kepada rakyat. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP sekali lagi dituduh sebagai parti beraliran ekstrem yang mampu mewujudkan ketegangan antara kaum.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, partinya sama sekali tidak akan menuruti jejak langkah DAP semata-mata untuk meraih undi orang ramai.

Berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini, Ka Siong berkata, MCA sedar politik kotor yang dimainkan DAP selama ini tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“MCA akan terus kekal sebagai sebuah parti moderat, progresif serta relevan dengan menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada pengundi dan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang,” katanya.

Menurut Ka Siong, MCA menyokong penuh usul UMNO yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai panglima dan ikon untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat.

“Kepimpinan Perdana Menteri yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia adalah sesuatu yang baik untuk negara didiami masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Semangat kebersamaan inilah yang menguatkan kita dan mewujudkan kestabilan. Pencapaian baik BN selama mentadbir negara selama ini juga perlu kita pertahankan dan tambahbaik lagi. Inilah elemen yang tidak ada dalam parti pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan turut menyeru keseluruhan jentera agar sentiasa bekerja kuat untuk mendengar denyut nadi rakyat dan tidak leka serta lalai dengan kemenangan besar yang dilakar pada beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jelasnya, pengalaman tewas pada PRU-14 perlu menjadi iktibar kerana ia membuktikan rakyat mempunyai kuasa mengangkat seseorang untuk dijadikan sebagai pemimpin.

“PRN di Melaka dan Johor menunjukkan trend sokongan masyarakat Cina kembali menyokong BN. Di Melaka kita menang 21 kerusi daripada 28, di Johor kita menang 40 daripada 56 kerusi. Kita banyak menang di PDM majoriti Cina, yang kita tewas pada PRU-14 lalu.

Sokongan mereka bukan semata-mata kerana kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji, tetapi juga kerana mereka tidak yakin lagi dengan gabungan itu.

“Sudah tentu MCA akan meningkatkan lagi usaha meraih sokongan pengundi khususnya pengundi Cina.

“Dalam PRU14 dulu, saya seorang saja menang dan jadi Ahli Parlimen, manakala kerusi DUN pula hanya menang dua di Pahang.

“Kini MCA mempunyai dua Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan kemenangan kita dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) dan PRN,” katanya.

Menjelang PRU-15, Ka Siong berkata, gabungan itu perlu memiliki formula tersendiri dalam memastikan kemenangan BN tanpa menggunakan sentimen perkauman, politik kebencian, hasutan serta fitnah.

“Kita dalam BN mengamalkan politik kesederhanaan, menyemai nilai-nilai murni dan meraikan kepelbagaian kerana kita sedar ia elemen penting dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia yang wajib dipelihara dan dipertahankan.

“Inilah falsafah BN selama 48 tahun yang kita warisi daripada kepimpinan dan pejuang dalam Parti Perikatan semasa menuntut kemerdekaan negara,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 55 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi