web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Gesa PM Bubar Parlimen Segera - Exco Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 3:38PM

Najmil Faiz Mohamed Aris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Pemuda UMNO menggesa ahli akar umbi dan pemimpin parti itu agar tidak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada kadar segera.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi menentukan waktu yang sesuai.

Beliau berpandangan, persediaan UMNO dalam menghadapi PRU15 adalah lebih penting berbanding mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen.

“Sejak berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2021), PAU Khas hinggalah Konvensyen Barisan Nasional (BN), soal bila PRU-15 akan diadakan sentiasa menjadi topik yang hangat.

“Tidak relevan sekiranya sesetengah pihak yang mendesak Perdana Menteri menyentuh soal tarikh pembubaran Parlimen, kerana tarikh pilihan raya selama ini adalah rahsia dan tidak pernah dibincangkan oleh mana-mana Perdana Menteri terdahulu,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran, hari ini.

Sebagai ahli UMNO, jelasnya, semua pihak perlu rasional dan terbuka serta memberi ruang mahupun kepercayaan kepada Top 5 UMNO dalam mengatur strategi bagi memenangkan parti dan BN ketika PRU15.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menegaskan, ahli akar umbi serta kepimpinan parti perlu memahami sepenuhnya proses tersebut kerana keputusan membubarkan Parlimen tidak terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri akan berbincang dengan kepimpinan tertinggi UMNO “Top 5”, biro politik, ahli majlis tertinggi UMNO dan kepimpinan BN pusat.

“Kemudian, keputusan ini turut akan melibatkan persetujuan kabinet Keluarga Malaysia untuk memberikan mandat kepada Perdana Menteri bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengharapkan, sebarang keputusan mestilah menguntungkan parti dan UMNO tidak memerlukan parasit yang sekadar menangguk di air keruh.

“Buat masa sekarang biarlah kita di akar umbi ini memastikan UMNO sentiasa bersedia menghadapi PRU15 dan merapatkan ukhwah sesama kita,” katanya.

Terdahulu, perwakilan yang menyertai Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48, baru-baru ini bersorak dan bangun apabila Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melontarkan pertanyaan siapa mahukan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat tahun ini.

Soalan itu diajukan Zahid di hadapan Ismail Sabri ketika memberikan ucapan dasar sempena Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun BN tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - Getaran, 12 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global