web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Mungkin Saya Tinggalkan BERSATU - Rashid Hasnon

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 1:06PM

Mohd Rashid Hasnon - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menyangkal dakwaan beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan ‘angkat kaki’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). 

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Tegasnya, dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata yang dilihat sebagai agenda politik murahan bagi menjatuhkan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN). 

Ahli Parlimen Batu Pahat itu memberitahu, hanya beberapa jam sebelum berita palsu berkenaan tersebar, beliau menghadiri program dan sidang media bersama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor. 

"Adalah mustahil propaganda murahan tersebar beberapa hari yang lalu, kononnya saya dan Mohamed Azmin telah meninggalkan BERSATU. Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan kami. 

"Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu yang ketandusan isu cuba memberikan tekanan dengan mewujudkan persepsi negatif untuk melemahkan BERSATU. Moga Allah menjauhkan kita semua dari sebarang bentuk fitnah seperti ini," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Terdahulu, beberapa nama pemimpin BERSATU antaranya Mohd Rashid dan Mohamed Azmin didakwa akan meninggalkan parti berkenaan selepas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin berbuat demikian bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). 

Dalam perkembangan lain, Mohd Rashid turut merakamkan ucapan terima kasih di atas respon dan keyakinan Muhyiddin berkaitan isu tersebut dan menyakini masa depan parti sejak pertama kali menyertai BERSATU. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PN berkata, dirinya akan terus bersama-sama dengan saf kepimpinan BERSATU dalam menyatukan rakyat serta membina kekuatan bagi merealisasikan matlamat parti.

"Dua tahun telah berlalu, kita diuji dengan pandemik COVID-19 dan ketidakstabilan politik tanah air. Alhamdulillah sejak awal menyertai BERSATU saya mempunyai keyakinan yang tinggi ke atas komitmen parti dalam usaha menentang rasuah dan membela rakyat. 

"Perkara ini dibuktikan oleh kepimpinan utama BERSATU di era Muhyiddin Yasin memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-8 sepanjang krisis melanda negara," katanya. 

Walaupun BERSATU parti muda, Mohd Rashid menegaskan, beliau percaya agenda penyatuan rakyat, Melayu dan Bumiputera yang dipegang parti itu bakal membawa manfaat besar dalam usaha membawa perubahan kepada negara.

"Rakyat, orang Melayu dan Bumiputera hari ini semakin matang dalam menilai. Mereka jijik dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Seiring dengan agenda parti, BERSATU akan menjadi platform terbaik buat mereka.

"BERSATU akan terus bersama aspirasi perubahan ke arah yang lebih baik, demi menjadikan negara ini ke arah ‘Baldatun Thoyyibatun Warabbun Ghafur’ iaitu negeri yang mengumpulkan kebaikan alam dan kebaikan perilaku penduduknya serta sentiasa mendapat pengampunan Allah," katanya. - Getaran, 19 Jun 2022.








 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini