web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tangguh Undi 18, SPR Perlu Beri Alasan Konkrit - Pemuda UMNO Johor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 10:31PM

Mohd Hairi - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk memberikan alasan terperinci berhubung keputusan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 yang dibawa ke September tahun depan. 

Ini kerana alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang kononnya akan mengganggu kelancaran urusan persiapan adalah satu keputusan yang amat tidak bijak.

Ia juga dijangka akan mencetuskan pelbagai spekulasi yang mungkin akan timbul kerana keputusan SPR itu tidak memiliki sebarang alasan yang konkrit.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, SPR perlu memberi alasan terperinci sebelum lebih banyak spekulasi ditimbulkan.

Menurut beliau, tindakan SPR itu seolah-olah membayangkan kerajaan takut dengan pendekatan agresif yang diambil Pemuda UMNO dalam mendekati golongan muda.

“Apa kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan yang dimaksudkan SPR? Tolong perincikan. Kalau setakat buat kenyataan umum seperti ini, lebih banyak spekulasi yang akan timbul," katanya. 

Mohd Hairi berkata, keputusan itu sememangnya suatu yang mengejutkan kerana perkara berkenaan sudah diluluskan di Parlimen untuk dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“SPR dalam satu kenyataan memaklumkan Pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi 18 dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022, sekali gus bermakna ia tidak akan berlaku jika PRU15 berlangsung sebelum itu.

“Saya hendak tahu juga adakah sepanjang PKP dahulu semua kakitangan SPR tidak bekerja sehingga hari ini? Sepatutnya 'Work From Home' (WFH) atau waktu kerja fleksibel membolehkan lebih banyak waktu dihabiskan untuk perancangan dan membuat kajian terperinci, malah penuntut sarjana pun boleh menghasilkan banyak penulisan akademik dan jurnal ketika PKP,” katanya. 

Mohd Hairi berkata, beliau yakin situasi itu berlaku akibat ketakutan kerajaan terhadap pendekatan agresif diambil Pemuda UMNO untuk  menarik pembabitan golongan muda.

“Kebanyakan desakan dan kritikan juga adalah bermula daripada Ketua Pemuda yang lantang bersuara dan kumpulan anak muda ini mahu suara mereka diangkat, ini yang buatkan PN takut,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Negara Palestin: Malaysia Puji Keputusan Sepanyol, Norway Dan Ireland

Sorotan

1

Terbuka Singapura: Jun Hao Lakar Kejutan Singkir Juara Bertahan Ginting

2

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

3

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

4

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

5

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Pada 7 Jun

6

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut Vellfire Terbabas Ke Dalam Parit

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerja Bersih Pokok Tumbang Masih Berjalan - DBKL

oleh Diyana Nawwar

Semasa 11 jam yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

oleh Wartawan Getaran