web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pihak Berkuasa Digesa Siasat, Tindakan Menyalahi Undang-Undang Tidak Dibenarkan - Tunku Ismail

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 8:06PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa menyiasat secara menyeluruh berkaitan insiden melibatkan seorang orang kurang upaya (OKU) yang dikasari pegawai polis pengiring di Hotel St Regis.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, baginda telah pada hari berikutnya mengenai kejadian tersebut dan segera menitahkan pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan. 

Tunku Ismail bertitah, baginda tidak akan membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

“Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan,” titah baginda.

Tunku Ismail bertitah, baginda menyedari ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden berkenaan.

“Mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titah baginda.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengiring Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang disiasat selepas didakwa menyerang seorang lelaki OKU di sebuah hotel.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipetik Free Malaysia Today berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan sukarela.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan).

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang. Malah lelaki kurang upaya yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, Bernama melaporkan OKU yang mengalami masalah pendengaran dan bisu itu merupakan seorang pemandu e-hailing.

Laporan berkenaan, mangsa yang berusia 46 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi berkenaan ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields.

Dia mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya dari lobi hotel berkenaan. – Getaran, 31 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi