web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Barang: AMANAH Tak Minat Jumpa Annuar, Kerajaan Sekarang Tiada Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 12:35PM

Faiz Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan bersama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang mempelawa pembangkang bertemu dengan pasukan itu bagi membincangkan mengenai krisis harga barang ketika ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat AMANAH, Faiz Fadzil berkata, pihaknya tidak berminat terhadap jemputan tersebut dan ia dimaklumkan menerusi memorandum diserahkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) pada 27 Jun lalu.

Menurut beliau, pembangkang, khususnya AMANAH menggesa Pengerusi pasukan khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa dan ahli jawatankuasanya meneliti memorandum itu.

“Tiga tuntutan (itu) adalah agar kerajaan segera mengembalikan semula subsidi barangan asas, menghapuskan permit import (AP) semua barang makanan dan menuntut sidang khas Parlimen diadakan untuk membahaskan isu tersebut.

“Annuar tidak perlu ‘bermain wayang’ kerana apa sahaja mekanisme dicadangkan boleh dibahas di Parlimen, iaitu tempat paling sesuai dan berautoriti bagi membincangkan perkara itu dan bukannya mengadakan pertemuan bersama mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan demonstrasi jalanan bukan isu dalam negara demokrasi dan sejarah dunia menyaksikan ia tidak pernah berjaya menurunkan kadar inflasi.

Ketika ditanya mengenai demonstrasi #Turun yang diadakan Sabtu lalu, Annuar menjemput penganjur acara untuk bertemu dan berkongsi saranan bagi menangani kadar inflasi negara.

“Siapa mahu berdemo, demo lah. Cuma saya tidak pernah melihat sejarah yang menyaksikan kadar inflasi menurun selepas demo.

“Negara lain mencatatkan kadar inflasi lapan peratus, 10 peratus. Tiada demo. Di sini kita memiliki (kadar inflasi) 2.8 peratus, ada demonstrasi. Orang lain akan bercakap, ‘apa yang kita buat kan.

“Ketua demo, jika ada kelapangan, sila datang dan berjumpa saya. Mari kita berkongsi idea. Saya bukan pandai sangat untuk menangani semua perkara seorang diri. Saya bukan ‘Superman’,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian anugerah sempena sambutan jubli perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Mengulas lanjut, Faiz menegaskan istilah ‘jihad’ adalah menentang kemungkaran, tetapi inflasi bukan mungkar dan harga barang juga tidak boleh dikategorikan sedemikian rupa.

“Kerajaan perlu bertindak segera dan bukannya bermain wayang dengan rakyat. Sekiranya betul ingin berjihad, kerajaan perlu menangani rasuah dan penyelewengan.

“Ia kerana ketirisan inilah yang akan memberi kesan kepada dana kerajaan untuk diagihkan subsidi kepada rakyat,” katanya.

Jelasnya, kerajaan perlu berbincang apa langkah segera untuk menangani krisis sedang berlaku dan tidak cukup dengan hanya bergantung kepada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Kami sudah membacakan tuntutan kami dan banyak idea serta mekanisme diberikan ramai pakar ekonomi dan wakil parti mengenai bagaimana untuk kerajaan tangani masalah ini.

“Tapi kerajaan masih mengambil sikap sambil lewa, buat relaks sahaja tentang masalah ini. Ini adalah kerajaan tidak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad