web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tamat MoU Dengan Pembangkang Keputusan Sebulat Suara MKT

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 2:03PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO menamatkan memorandum perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan pembangkang selepas tempoh 31 Julai ini adalah tindakan daripada ‘kawan sendiri, bukan musuh dalaman’ parti itu. 

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, tindakan itu adalah keputusan sebulat suara dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti terbabit melalui musyawarah.

Menurut beliau, keputusan diambil itu sebenarnya memberi kelebihan dan ruang kepada UMNO, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi ‘poster boy’ parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Ada laporan bahawa seorang pemimpin parti berpandangan UMNO adalah musuh terbesar kita pada masa ini. Saya tak pasti apa konteks komen tersebut, tetapi antara alasannya ialah kerana sebahagian dari kepimpinan tidak mahu menyambung MOU bersama pembangkang.

“Pertama sekali, siapa ‘kita’ yang dimaksudkan dalam ‘musuh kita’? Sefaham saya, ‘kita’ berpegang kepada keputusan parti yang jelas pada tarikh 14 April 2022, iaitu MKT sudah membuat beberapa keputusan seperti MOU tidak akan disambung lagi selepas 31 Julai ini. 

“Tidak timbul ini agenda sesiapa. Ia keputusan bersama dalam mesyuarat yang dibuat secara bermusyawarah dan kemudian hormati keputusan. Tak timbul soal UMNO ialah ‘musuh kita’. Sekali lagi, tak timbul soal UMNO ialah ‘musuh’ kepada orang UMNO sendiri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa usaha meneruskan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) itu, menerima tentangan daripada UMNO sendiri.

Mohamed Nazri melalui forum di Yusof Ishak Institute, dilaporkan berkata, Ismail Sabri berdepan tentangan dalam UMNO dan bukan pihak lain bagi menyambung MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan Persekutuan serta PH pada 13 September lalu.

Mohamed Nazri juga mendakwa, ada pihak tertentu yang mahu MoU itu ditamat dan PRU-15 disegerakan kerana mempunyai kepentingan peribadi.

Dalam pada itu, Shahril berkata, tujuan dan rasional keputusan UMNO berhubung MOU kerajaan serta pembangkang itu perlu dilihat dari sudut betul supaya tidak disensasikan.

Menurut beliau, keadaan itu kerana senario ketika ini berbeza, iaitu PRU-15 tetap diadakan berbanding ketika MoU terbabit ditandatangani tahun lalu, bertujuan bagi meredakan suhu panas politik demi kemaslahatan selepas pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh sepenggal. 

“MOU yang wujud hari ini membantu kestabilan politik sewaktu suasana berbeza tahun lepas. Ia lahir dari kematangan dwi-partisan yang dipuji Yang DiPertuan Agong sendiri dalam titah diraja Baginda. Setelah bertukar tiga Perdana Menteri dalam sepenggal, persefahaman itu meredakan suhu dan membolehkan pentadbiran dijalankan tanpa tanda soal berterusan.

“Tetapi sekarang sudah hujung penggal. PRU akan tetap tiba. UMNO dan Perdana Menteri dari parti perlu ada ruang menentukan tarikh sesuai. Sedar atau tidak, dengan MOU sedia ada, ruang itu tertutup untuk satu tempoh kerana wujud persetujuan untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai ini. 

“Maka sebab itulah parti buat keputusan agar selepas 31 Julai tangan kita tidak terikat lagi dan opsyen akan ada di tangan Perdana Menteri yang juga orang UMNO dan umum mengetahui keputusan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) untuk memberi mandat kepada Top 5 berbincang,” katanya. 

Shahril berkata, soal lain dalam MoU itu berhubung transformasi pentadbiran, termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, pembaharuan Parlimen dan perkara lain boleh diteruskan atas semangat kematangan terbabit.

“Tetapi, soal ikatan sehingga 31 Julai itu, ia tidak perlu dilanjutkan lagi,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah