web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isham Sindir Hadi, 'Orang Berbohong Itu Ada Sepentas Dengan Tuan Guru'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 3:03PM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lantang mengkritik parti di luar Perikatan Nasional (PN).

Menurut Isham, apabila Abdul Hadi mendakwa Pakatan Harapan (PH) berbohong dan tidak menunaikan janji, beliau tidak menyedari bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebenarnya bertanggungjawab dalam penulisan manifesto gabungan itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekarang iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin itulah antara orang yang bertanggungjawab terhadap manifesto PH semasa PRU-14. 

“Orang yang bohong manifesto itu ada sekali atas pentas dengan tuan guru," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Abdul Hadi ketika berucap pada majlis pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu, yang diadakan di Marang malam tadi. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin
Abdul Hadi ketika berucap pada majlis pelancaran Perikatan Nasional Negeri Terengganu, yang diadakan di Marang malam tadi. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian bagi merujuk intipati ucapan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada pelancaran PN di Terengganu, malam tadi.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN menyeru seluruh rakyat agar memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walaupun tidak mempunyai manifesto, menurut beliau, PN sudah membuktikan kemampuan apabila berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat ketika kemuncak penularan pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, PN turut menawarkan kepada rakan parti lain termasuk UMNO supaya mengambil tanggungjawab bersama untuk menyelamatkan negara.

Dalam pada itu, Isham menolak sepenuhnya pandangan Abdul Hadi bahawa PN mengajak parti lain untuk menyelamatkan negara dan bukannya hanya berebut kuasa. 

"PN tidak rebut kuasa? Yang ramai lompat parti untuk jawatan dan berebut kuasa dan yang baru-baru ini tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri itu PN lah.

"Terimalah hakikat, PN penuh dengan pelompat parti dan orang yang gila kuasa tetapi apabila diberi kuasa dan amanah, mereka buat kerosakan dan ranapkan ekonomi negara," katanya. 

Sementara itu, Isham juga menyifatkan Abdul Hadi berbohong apabila menyatakan PN berjaya mengatasi masalah ekonomi. 

Tegasnya, pembohongan yang dilakukan gabungan tersebut bertujuan untuk menarik hati rakyat mengundi mereka.

"PN berjaya atasi masalah ekonomi? Ini bohong. Masa 17 bulan PN memerintah, kerajaan telah gagal. PN buat lockdown terpanjang di dunia, hutang negara bertambah, pelabur lari ke negara lain dan 800,000 tiada kerja. 

"Pada masa sama, rakyat angkat bendera putih akibat masalah ekonomi dan kesengsaraan hidup, ramai orang bunuh diri, dan Muhyiddin terpaksa letak jawatan,” katanya.

Sindirnya lagi, jika PN berjaya mengatasi masalah ekonomi, rakyat tidak menyifatkan PN sebagai kerajaan gagal dan Muhyiddin tidak akan disuruh meletak jawatan. - Getaran, 31 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'