web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Tak Alih Perhatian, Shabery ‘Geram’ Dakwaan Wan Saiful 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 3:27PM

Ahmad Shabery mendakwa BERSATU cuba mengaibkan beberapa projek mega yang dibina kerajaan Persekutuan sedangkan parti itu sendiri ‘tandus’ jasa kepada rakyat. - Gambar dari Facebook Hishammuddin Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan BERSATU yang menuduh kononnya UMNO cuba mengalih perhatian rakyat dengan menunjukkan bahawa kapal tempur pesisir (LCS) itu sememangnya wujud. 

Beliau berkata, BERSATU dan UMNO yang merupakan parti dalam kerajaan seharusnya menggesa pendakwaan segera dilakukan ke atas pihak terlibat.

“Tak faham, kejap nak UMNO, kejap marah UMNO. Sama-sama di dalam kerajaan, Suruhlah dakwa segera mana-mana yang salah atau cepat-cepat tekan butang.

“Senang naik pentas lain-lain. Cerita apa jasa-jasanya kepada rakyat,” katanya yang dilihat ‘geram’ dengan kenyataan dibuat Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Tak faham. Kejap nak Umno, kejap marah Umno. Sama2 dalam kerajaan. Suruhlah dakwa segera mana2 yang salah. Atau...

Posted by Shabery Cheek on Sunday, August 14, 2022

Wan Saiful sebelum ini mendakwa, UMNO cuba mengalih perhatian rakyat dengan menunjukkan bahawa kapal LCS itu  sememangnya wujud.

 Ahmad Shabery Chek - Gambar dari Facebook
Ahmad Shabery Chek - Gambar dari Facebook

Jelas beliau, isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak, tetapi projek itu yang sudah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap seperti dinyatakan dalam kontrak.

Kata Wan Saiful, proses pembinaannya juga tidak sepadan dengan jumlah sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh kerajaan untuk projek berkenaan.

“Saya menjangkakan UMNO akan bermati-matian cuba melarikan perhatian rakyat dan mengelirukan rakyat kerana pemimpin tertinggi parti itu dinamakan secara terus dalam laporan PAC,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mendakwa BERSATU cuba mengaibkan beberapa projek mega yang dibina kerajaan Persekutuan sedangkan parti itu sendiri ‘tandus’ jasa kepada rakyat.

“Yang orang ingat, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Bayar RM320 juta, terus jadi halimunan,” katanya, sinis.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan LCS milik TLDM yang bernilai RM9 bilion.

Menurut laporan berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini. - Getaran, 15 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'