web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skandal LCS: Baru 45 Hari Ditubuh, CED ‘Kaut’ RM178 Juta - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 3:11PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa berdasarkan kertas siasatan dalaman projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), subkontraktor lapisan kedua (Contraves Electrodynamics Sdn Bhd atau CED) membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja pada hari sama syarikat itu dilantik.

Katanya, sedangkan pada ketika ini, subkontraktor terbabit baru sahaja ditubuhkan selama 45 hari.

“(Pada) 9 April 2012, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melantik Contraves Advanced Devices (CAD) sebagai subkontraktor bagi dua pakej utama bernilai RM1.2 bilion dan pada hari sama, CAD melantik CED, sebuah syarikat baru berusia 45 hari sebagai subkontraktor bagi dua pakej dianugerahkan oleh BNS.

“CED pada 9 April itu turut membuat tuntutan sebanyak RM178 juta sebagai yuran memulakan kerja pada hari sama ia dilantik sebagai kontraktor lapisan kedua,” katanya hari ini.

 

Dari Rafizi Ramli 16 Ogos 2022 SUBKON BARU TUBUH 45 HARI, TERUS BUAT TUNTUTAN RM178 JUTA Kebelakangan ini kerajaan...

Posted by Rafizi Ramli on Monday, August 15, 2022

Lantaran itu, Rafizi menegaskan transaksi seperti itu menunjukkan penyelewengan yang melanggar peraturan pembayaran dari Kementerian Kewangan (MOF).

“Sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu, Najib (Datuk Seri Najib Razak) mesti menjawab bagaimana sebuah subkontraktor yang hanya berusia 45 hari boleh membuat tuntutan berjumlah RM178 juta dari projek pertahanan utama negara?  

“Penyelewengan beginilah yang menyebabkan BNS akhirnya tidak mempunyai dana walaupun sudah dibayar kerajaan dan (mengakibatkan) projek tergendala, sehingga tidak ada satu kapal pun siap hingga ke hari ini,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, Rafizi mendedahkan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan yang menolak reka bentuk kapal pilihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah permulaan kepada penyelewengan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Pada masa sama, beliau berkata, pelantikan kontraktor dan perincian kontrak adalah berat sebelah, di mana BNS mendapat dokumen sebut harga terlebih dahulu daripada Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (DCNS), sebelum menerima surat lantikan dari kerajaan.

Rafizi memaklumkan, Ahmad Zahid pada mulanya bersetuju dengan pilihan TLDM untuk menggunakan reka bentuk kapal jenis Sigma, namun menukar jenis Gowind selepas bersetuju dengan cadangan BNS pada 11 Julai 2022.

Rafizi berkata, surat lantikan dari Kementerian Pertahanan untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS, hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011.

Jelasnya, ia membuktikan DCNS bukan sahaja mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang itu, malah syarikat terbabit sudah menghantar sebut harga dan diberikan Surat Niat, sebelum BNS dilantik menjadi kontraktor utama.

Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan secara umumnya keseluruhan tadbir urus kewangan negara dipandu dan dikawal Pekeliling Perbendaharaan yang mempunyai prinsip, seperti kontraktor perlu dilantik dalam kalangan pembekal paling layak berdasarkan keupayaan teknikal dan pada harga terbaik kepada kerajaan.

Jelasnya, kontraktor juga perlu mempunyai kekuatan kewangan dan aliran tunai sendiri untuk menjalankan kontrak, di samping bayaran hanya boleh dibuat mengikut kemajuan projek serta dibayar secara berpatutan mengikut peratusan projek dilaksanakan, seperti dipersetujui mengikut dokumen kontrak dimeterai dengan kerajaan.

“Maklumat dalaman mengenai urusan tuntutan dan bayaran berhubung projek LCS menunjukkan kesemua itu dilanggar.

“Ada bukti menunjukkan sama ada kontrak kerajaan dengan BNS tidak mengikut peraturan kewangan Pekeliling Perbendaharaan atau pembayaran dibuat tanpa mengikut kemajuan projek yang melanggar Pekeliling Perbendaharaan.

“Bayaran besar dikendalikan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan. Peruntukan disediakan Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan semasa projek LCS ini diluluskan dan bayaran awal dibuat adalah Najib. Sebelum ini, kita tahu bahawa sebanyak RM400 juta dari bayaran pendahuluan projek LCS digunakan untuk membayar hutang lapuk BNS.

“Perkara ini sepatutnya melanggar peraturan kewangan mengikut Pekeliling Perbendaharaan, iaitu bayaran pendahuluan sesuatu projek hanya boleh digunakan untuk projek itu.  Sekiranya membuat pinjaman sekalipun, bank hanya akan membenarkan pinjaman dikeluarkan bagi tujuan pinjaman itu diluluskan,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global