web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2022 6:57PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ismail Sabri Yaakob - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya Parlimen dibubarkan, demi menggugurkan kesnya yang masih dibicarakan di mahkamah.

Penyelaras Penerangan Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau yakin jika Ahmad Zahid berbuat demikian, tindakannya itu tidak akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, termasuk dari UMNO.

Katanya, rakyat dan majoriti Ahli Parlimen, malah sudah pasti akan berdiri teguh bersama Perdana Menteri.

“Zahid dicabar untuk tarik sokongan kepada Perdana Menteri dan saya sangat yakin (sekiranya tindakan terbabit diambil kerana ketakutannya ke penjara), ia tidak akan mendapat sokongan daripada majoriti Ahli Parlimen, termasuk UMNO. 

“Pemimpin itu juga sedar hakikat ini kerana itu pada 27 Ogos, berdegar-degar berucap dengan siap drama air mata tetapi bila mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malamnya, perkara itu tidak ditimbulkan,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Sekiranya perkara itu direalisasikan Presiden UMNO, Badrul Hisham berkata, Ismail Sabri amat dialu-alukan untuk bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) demi memenangi Parlimen Bera.

“Jika Ismail Sabri tidak diberi watikah bertanding atas tiket UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana watikah Zahid yang akan tandatangan, saya yakin Perdana Menteri boleh sahaja diberi laluan bertanding atas tiket PN.

“Insya-Allah, (Ismail Sabri) akan terus memenangi kerusi (Parlimen) Bera bagi terus mentadbir negara,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menerusi taklimat khas kepada perwakilan parti itu juga menyentuh mengenai isu pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak yang turut dihadiri ahli keluarga mantan Perdana Menteri.

Sepanjang ucapannya, Zahid tidak memberi tekanan kepada Ismail Sabri Yaakob supaya berundur, seperti menjadi spekulasi pelbagai pihak.

Namun, setiap kali nama Ismail Sabri atau jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO disebut, perwakilan memberikan sorakan ‘boo’ bagi menunjukkan kecaman.

Ahmad Zahid sebelum ini juga menafikan dakwaan bahawa desakan agar PRU-15 disegerakan adalah kerana beliau takut dengan hukuman mahkamah terhadapnya.

Bahkan, tegas beliau, pihak memomokkan perkara itu sebenarnya takut dengan hamba Allah bernama ‘Ahmad Zahid Bin Hamidi’, selain tidak yakin kepada diri sendiri.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau membawa suara ahli UMNO yang setia, bukan kata-kata sumbang yang mahu menguburkan parti terbabit.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham kesal dengan sikap sebahagian pemimpin UMNO yang menghina, menyerang dan mengugut Perdana Menteri hanya disebabkan enggan campur tangan dalam proses mahkamah.

“Ketika ramai bergelut dalam pelbagai isu selepas pasca endemik COVID-19, seperti kos sara hidup dan masalah global yang menyaksikan sebilangan besar pemimpin bertungkus lumus memacu negara keluar dari himpitan serta tekanan, malangnya Zahid ‘menunggang’ UMNO bagi menyelamatkan diri dari kes korupsi.

“Pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jelas melawan kleptokrat, koruptor dan salah guna kuasa tanpa kompromi, bagi melindungi kepentingan pribumi sesuai Perlembagaan,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad